awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia buru gelaran hatrik

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2013
08:55 MYT
Malaysia buru gelaran hatrik
Pasukan ragbi remaja Malaysia tekad memburu gelaran hatrik dengan mempertahankan gelaran juara untuk kali ketiga pada Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Remaja Asia bawah 20 tahun (ARFU 7’s).
Kejohanan tersebut akan berlangsung di dataran Bandaraya Johor Bahru pada 22 dan 23 jun 2013.
Kemenangan dua tahun berturut-turut dalam kejohanan tersebut sebelum ini memberi peluang kepada Malaysia untuk mencipta sejarah hatrik jika pasukan tersebut mampu mempertahankan kemenangannya pada tahun ini.
Menurut jurulatih pasukan ragbi remaja Malaysia, Mohd Saiful Hafifi Md Noor mengakui Malaysia menerima saingan sengit dari pasukan yang bertanding terutamanya pasukan Korea yang merupakan pasukan ragbi terbaik di Asia serta Chinese, Taipei dan Hong Kong.
Tambahnya, beliau berhadapan dengan tugas berat dan sukar untuk mengekalkan kejuaraan kali ketiga setelah menjuarai selama dua tahun memandangkan ini pertama kali beliau mengambil alih tugas selaku jurulatih mengantikan Wan Ibrahim Wan Chik.
“taktik dan strategi saya cuma ubah sikitlah sebab apa daripada tahun lepas melihat kepada persiapan kejohanan lepas dan kejohanan tahun ni. Tahun ni kita kekalkan kecergasan dan larian supaya kita dapat mengalahkan pasukan-pasukan yang mana rangking dia lagi tinggi seperti korea, hongkong. Sebab mereka ni antara pasukan yang top di asia,” kata Mohd Saiful.
Beliau berkata demikian semasa sidang media pada majlis penyerahan penajaan karnival ragbi johor 2013 di hotel puteri pacific johor bahru.
Bagi ketua pasukan ragbi malaysia bawah 20 tahun, Mohd Amir Nasrun Zulkifli yang berpengalaman dalam meraih kemenangan Malaysia dalam kejohanan lepas yakin pasukannya dapat mengekalkan kejuaraan walaupun berhadapan tentangan hebat dari negara lain.
“peningkatan saya tingkatkan kecerdasan untuk pasukan tidak,tidk perlawanan itu tidak. Bekerjasama untuk dalam pasukan. Yakin. Insyaallah kami akan lakukan yang terbaik," kata Mohd Amir Nasrun.
Sebanyak 88 pasukan akan bersaing dalam enam kategori yang dipertandingkan termasuk pasukan dari negara China, Singapura, Uzbekistan, Brunei, Laos dan Indoneisa.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah, ARFU 7s, Cabaran Ragbi Iskandar Malaysia 10’s bawah 15 tahun, Cabaran Ragbi Iskandar Malaysia 10’s bawah 18 tahun, Cabaran Ragbi Wanita Johor 7’s Terbuka Antarabangsa dan Cabaran Ragbi Johor Mini 7’s bawah 11 tahun.
Topic Berkaitan
#Ragbi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan