Skuad lelaki Malaysia dijangka berdepan cabaran getir dari Korea Selatan dalam usaha untuk muncul selaku pendahulu Kumpulan C pada saingan Piala Thomas, Mei depan.
Dalam undian Piala Thomas dan Uber yang diadakan hari ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Korea Selatan serta Jerman dan England, yang masing-masing berada di ranking ke-11 dan 12 dunia.
Piala Thomas dan Uber akan berlangsung di Kunshan, China dari 15 hingga 21 Mei.
Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata selaku pilihan kedua dalam Kumpulan C, pemain negara tidak boleh memandang rendah keupayaan dua lawan mereka, Jerman dan England pada kejohanan itu.
"Undian yang menarik dan mereka (pemain) tidak seharusnya berdepan masalah mengatasi Jerman dan England....untuk muncul juara kumpulan, saya jangkakan cabaran dari Korea Selatan.
"(Pasukan Malaysia dalam) Piala Uber pula akan berdepan saingan dari Denmark serta Sepanyol dan berpeluang cerah mara ke suku akhir," kata Frost kepada Bernama.
Dalam saingan Piala Uber, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama juara 13 kali China, Denmark dan Sepanyol.
Berdasarkan ranking pasukan badminton dunia yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), skuad lelaki Malaysia berada di ranking keenam dunia, manakala Korea Selatan di tangga keempat.
Malaysia dijangka membariskan pemain nombor dua dunia Datuk Lee Chong Wei, Zulfadhli Zulkifli (ke-40) dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin (ke-41) dalam acara perseorangan, manakala Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dalam acara beregu.
Kedua-dua pasangan beregu negara menampilkan prestasi memberangsangkan pada Kejohanan Badminton All-England dan Terbuka Switzerland, baru-baru ini.
Frost berkata barisan pemain negara yang akan beraksi pada Piala Thomas dan Uber akan diumumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan (C&T) BAM pada April ini.
Sementara itu, Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria percaya pasukan negara berpeluang cerah mara ke suku akhir Piala Thomas.
Malaysia muncul naib juara edisi 2014 selepas tumpas kepada Jepun 2-3.
"Bagi saya, pasukan lelaki dijangka tidak berdepan masalah mara ke suku akhir...apa-apa pun kita tunggu senarai pemain selepas mesyuarat C&T yang akan diadakan awal bulan depan," kata Mohamad Norza.
Bernama
Mon Mar 21 2016
Frost menjangkakan cabaran dari Korea Selatan. - Gambar fail
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Chong Wei berterima kasih kepada semua jurulatih yang membantu kerjayanya
Semua jurulatih itu bukan hanya menggilap kemahiran badminton bahkan membina keperibadiannya sehingga berjaya ke hari ini.
BAM hantar skuad terbaik hadapi Kejohanan Remaja Dunia
Frost menyifatkan pasukan yang bakal dihantar nanti adalah lebih mantap dan tidak mustahil meraih kejayaan yang lebih baik berbanding 2015.
Salah faham antara Chong Wei dan Frost selesai - Khairy
Dalam pertemuan semalam, Khairy Jamaluddin berkata bekas pemain nombor satu dunia itu telah memberikan jaminan bahawa masalahnya dengan Frost tidak akan berterusan.
Jurulatih tempatan jadi pilihan - Morten Frost
Jurulatih tempatan menjadi pilihan Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen untuk melatih skuad nasional dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
BAM sasar beregu lelaki di ranking ke-16 terbaik dunia - Frost
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyasarkan beregu lelaki kebangsaan berada di ranking ke-16 terbaik dunia dalam tempoh setahun di bawah program penstrukturan semula pasangan beregu negara itu.