awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kalahkan Singapura 3-1

Bernama
Bernama
30/03/2013
09:45 MYT
Malaysia kalahkan Singapura 3-1
Malaysia mengalahkan Singapura 3-1 pada perlawanan awal pusingan kedua Kejohanan Badminton Piala Axiata 2013 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, di sini Jumaat.
Bagaimanapun, Malaysia menerima kejutan awal apabila pemain perseorangan wanita Sonia Cheah gagal mengutip mata pembukaan setelah kalah kepada Gu Juan 19-21, 21-15, 15-21.
Ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek menyifatkan prestasi keseluruhan Malaysia sebagai memuaskan meskipun Cheah kecundang.
"Cheah telah bermain dengan sedaya upaya dan memang kita tahu bahawa pemain lawannya mempunyai lebih banyak pengalaman termasuk juga dari segi ranking dunia.
"Kehadiran Chong Wei Feng menggantikan Liew Darren yang tidak sihat berjaya meraih mata walaupun pada set kedua dia kalah kerana beria-ria untuk menang namun Wei Feng berjaya bangkit semula," katanya selepas perlawanan itu.
Namun Wei Feng, pemain ranking ke-16 dunia berusia 26 tahun itu berjaya mengembalikan kegembiraan kepada kem Malaysia apabila menewaskan Ashton Chen 21-17, 19-21 dan 21-9.
"Sokongan penonton telah menaikkan semangat untuk berjuang dan meraih mata penyamaan," kata Wei Feng.
Beregu campuran nombor tiga dunia Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying memungut mata kedua apabila mengalahkan beregu campuran nombor 10 dunia, Danny B Chrisnanta dan Vanessa Neo 21-13 dan 21-11.
Beregu lelaki nombor tujuh dunia Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong memastikan mata penuh untuk skuad negara apabil menewaskan beregu lelaki nombor 61 dunia, Terry Yeo dan Liu Yi 21-18 dan 21-14.
Skuad negara akan meneruskan aksi pada kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai US$1,000,000 (RM3.111 juta) dengan menentang Vietnam, Sabtu.
Piala Axiata 2013 menawarkan hadiah lumayan dengan juara bakal membawa pulang US$400,000 (RM1.24 juta) manakala naib juara US$200,000 (RM620,000).
Topic Berkaitan
#Axiata Cup
#badminton
#Malaysia
#rashid sidek
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan