awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei

Astro Awani
Astro Awani
31/08/2024
05:45 MYT
'Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei
Chong Wei menyifatkan kekuatan Malaysia terletak pada perpaduan yang dijelmakan menerusi semangat berganding bahu tanpa mengira latar belakang sejak kecil. - Gambar/ IG leechongweiofficial
PERKONGSIAN mencuit hati legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengenai perpaduan kaum di Malaysia sekali lagi mencuri perhatian.
Sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-67, beliau menyifatkan kekuatan Malaysia terletak pada perpaduan yang dijelmakan menerusi semangat berganding bahu tanpa mengira latar belakang sejak kecil.
Beliau mengimbas kenangan zaman kecil hidupnya membesar bersama rakan pelbagai kaum.
Chong Wei berkata, dia sempat meminati bola sepak dan pernah bermain bersama kawan-kawan semasa kecil.
"Letak kasut sebagai tiang gol. Entah kenapa formasi kita sudah ditetapkan ibarat 'wahyu'. Kawan-kawan Melayu yang lincah main striker atau playmaker.
"Kawan India yang kaki maraton main winger. Yang Cina main midfield. Yang defend tak kisah kaum. Yang tak boleh berlari sangat tapi pandai belajar, dialah defend. Yang penjaga gol biasalah 'Mr Big Show' kelas.
"Itulah kita masa main bola, berganding bahu untuk menang. Biasanya main sampai tak tahu malam. Tetiba laungan Maghrib tiba barulah semua berlari balik bagai lipas kudung.
View this post on Instagram
A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)
"Semua takut ibu, tak kisah ibu India, Melayu, Cina, bumiputera atau Mat Salleh. Aku biasanya budak terakhir tinggalkan padang bersama Abeed dan Nagentheran. Aku pemilik bola. Abeed dan Nagentheran pemilik kasut tiang gol," katanya di laman sosialnya.
Jelas pemenang pingat perak dalam tiga edisi Sukan Olimpik yang kini berusia 41 tahun itu, semangat bersama sedemikan menjadikan Malaysia kuat dan berdaya saing.
"Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama. Kami bersorak untuk sukan. Kami memaki hamun sesiapa yang kutuk makanan Malaysia.
"Sekiranya badan terkeluar darah, kita sama sahaja. Mana ada darah Cina, Melayu ke India. Semua darah merah jenis A, B, AB atau O.
"Tapi yang pasti, darah kita semua pasti pernah tertumpah di negara ini. Kita sebenarnya sangat sayang negara kita ini.
"Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia tersayangku," katanya.
Topic Berkaitan
#Lee Chong Wei
#Hari Kebangsaan
#perpaduan kaum
#sukan menyatukan rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan