awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu perkasa program pembangunan atlet para - CDM

Bernama
Bernama
28/10/2023
09:50 MYT
Malaysia perlu perkasa program pembangunan atlet para - CDM
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin (tengah) menunjukkan angka 39 simbolik pingat. Turut hadir Ketua Kontinjen Malaysia ke APG 2022 KM Rajendran (dua, kiri). - Foto Bernama
HANGZHOU: Malaysia perlu terus memperkasakan program pembangunan atlet para dan sukan itu di peringkat akar umbi bagi memastikan kesinambungan kejayaan kontinjen negara di Sukan Para Asia (APG) 2022 Hangzhou dapat diteruskan.
Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia KM Rajendran berkata pihak Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan persatuan sukan para perlu duduk semeja membincangkan langkah penambahbaikan terhadap program pembangunan sedia ada sama seperti dilakukan negara lain.
Menurutnya, negara lain telah mengorak langkah dalam soal pembangunan atlet para dan perkara itu dijelmakan menerusi kejayaan demi kejayaan atlet mereka yang mempamerkan peningkatan pada APG kali ini.
"Saya dapat lihat banyak negara mempamerkan peningkatan kerana mereka menumpukan program pembangunan untuk atlet para negara masing-masing.
Jadi apabila kita pulang nanti ke tanah air nanti kena adakan perbincangan untuk baiki program yang ada sebelum ini. Hal ini penting sebagai antara persiapan untuk Sukan Paralimpik Paris 2024," katanya sidang media mengenai rumusan prestasi kontinjen negara di APG keempat di sini, hari ini.
Sementara itu, Rajendran dalam masa sama berkata akan mengadakan bedah siasat berkenaan potensi beberapa atlet yang disifatkan kurang menyerlah pada edisi APG kali ini.
"Tidak dinafikan ada yang kita sasarkan emas tapi kita gagal atas sebab tertentu," katanya.
Bagaimanapun, Rajendran berpuas hati dengan prestasi kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 35 pingat selepas mengumpul keseluruhan 39 pingat terdiri daripada tujuh emas, 15 perak dan 17 gangsa.
China menduduki tangga teratas carta pungutan pingat dengan 214 emas, 167 perak dan 140 gangsa diikutI Iran (44-46-41) dan Jepun (42-49-49).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Para Asia APG 2022
#program pembangunan atlet para
#ketua kontinjen
#KM Rajendran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan