awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia raih pingat perak acara berpasangan wanita boling remaja Asia

Bernama
Bernama
16/08/2022
20:40 MYT
Malaysia raih pingat perak acara berpasangan wanita boling remaja Asia
Anis Hannani dan Adania memberikan tentangan sengit kepada pasangan dari Singapura, Shirlene Wong Xue Lin dan Lim Shi En, sebelum mencatat 2,424 jatuhan pin secara keseluruhan. - Foto KBS
KUALA LUMPUR: Gandingan pemain remaja negara, Anis Hannani Romzi dan Adania Mohd Redzwan, meraih pingat perak dalam acara berpasangan wanita pada Kejohanan Boling Remaja Asia Ke-21 di Bangkok, malam tadi.
Pada saingan di Blu-O Rhythm and Bowl, Major Ratchayothin itu, Anis Hannani dan Adania memberikan tentangan sengit kepada pasangan dari Singapura, Shirlene Wong Xue Lin dan Lim Shi En, sebelum mencatat 2,424 jatuhan pin secara keseluruhan.
Gandingan Singapura itu berjaya menafikan kemenangan pasangan negara selepas mencatatkan 2,466 jatuhan pin untuk meraih pingat emas.
Pingat gangsa pula diraih gandingan Taiwan, Huang Hsin Tsen dan Tsai Zhu Han, yang membuat 2,343 jatuhan pin.
Dalam pada itu, bagi acara berpasangan lelaki, Airel Amri Suhaimi dan Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh, terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas mencatatkan 2,559 jatuhan pin.
Pingat emas acara itu dimenangi gandingan Taiwan, Lan Shao Kang dan Cheng Shao Hua (2,748 jatuhan pin) sementara pingat perak menjadi milik gandingan Singapura, Mathieu Louis dan Ryan Goi Chee Hean dengan catatan 2,708 jatuhan pin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemain boling remaja negara
#Anis Hannani Romzi
#Adania Mohd Redzwan
#Kejohanan Boling Remaja Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan