awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tempah slot separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia

Bernama
Bernama
29/09/2023
02:15 MYT
Malaysia tempah slot separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia
Gandingan beregu campuran Bryan Jeremy Goonting-Chan Wen Tse hanya memerlukan 36 minit untuk menewaskan Sathwik Reddy Kanapuram-Vaishnavi Khadkekar, 21-12 dan 21-16. - Foto Facebook/BAM
KUALA LUMPUR: Malaysia melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2023 di Spokane, Amerika Syarikat selepas melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas India dalam aksi suku akhir pada Khamis.
Pada aksi yang berlangsung di Podium, gandingan beregu campuran Bryan Jeremy Goonting-Chan Wen Tse hanya memerlukan 36 minit untuk menyumbangkan mata pertama buat negara selepas menewaskan Sathwik Reddy Kanapuram-Vaishnavi Khadkekar, 21-12 dan 21-16.
Momentum itu diteruskan perseorangan lelaki Eogene Ewe dalam pertembungan tiga set 21-18, 16-21, 21-16 ke atas Ayush Shetty dalam tempoh 62 minit untuk meraih mata kedua buat kem badminton remaja negara.
Pemain perseorangan wanita remaja negara, Ong Xin Yee tanpa menoleh belakang terus menyumbang mata ketiga bagi melengkapkan kemenangan buat Malaysia dengan menumpaskan Devika Sihag 18-21, 21-16 dan 21-14.
Skuad remaja negara akan meneruskan perjuangan bertemu China pada aksi separuh akhir lewat hari ini.
Pada edisi lepas, Malaysia menamatkan saingan berpasukan campuran di tempat kesembilan selepas menewaskan Denmark 4-1.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2023
#Bryan Jeremy Goonting-Chan Wen Tse
#suku akhir
#Eogene Ewe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan