awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terpaksa akur kepada India

Bernama
Bernama
26/10/2016
15:43 MYT
Malaysia terpaksa akur kepada India
Pemain hoki kebangsaan Fitri Saari dikepung pertahanan India pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Stadium Hoki Kuantan hari ini. Keputusan semasa Malaysia 1-1 India. Kejohanan itu akan berakhir Ahad ini. - fotoBERNAMA
Hasrat pasukan hoki negara untuk mengekalkan rekod tanpa kalah tidak kesampaian apabila tumpas 1-2 kepada India pada perlawanan pusingan awal Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016 di Stadium Hoki Kuantan di sini, malam tadi.
Kejayaan menewaskan pasukan tuan rumah itu terus meletakkan India di kedudukan teratas liga dengan kutipan 13 mata.
Sebelum ini, India menewaskan Jepun 10-2, seri 1-1 berdepan Korea Selatan, kalahkan Pakistan 3-2 dan membelasah China 9-0.
Malaysia pula sebelum ini, mengalahkan juara bertahan, Pakistan 4-2, menewaskan China 5-1 dan menumpaskan Jepun 7-2.
Pada perlawanan malam ini, pasukan India terlebih dahulu berada di hadapan menerusi pakar pukulan sudut penalti, Rupinder Pal Singh yang menyempurnakan pukulan tersebut pada minit ke-12.
Namun, anak didik Stephen Van Huizen tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan, juga menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Razie Rahim, selang enam minit kemudian.
Terikat 1-1, kedua-dua pasukan saling mengasak pintu gol lawan namun menemui jalan buntu sehingga tamat separuh masa pertama.
Sebaik babak kedua bersambung, pasukan Malaysia berpeluang menambah jaringan apabila dihadiahkan empat pukulan sudut penalti, namun percubaan barisan pemain negara gagal disempurnakan dengan baik.
Sebaliknya, anak buah Roelant Oltmans yang berjaya membolosi gawang pasukan negara, juga menerusi pukulan sudut penalti Rupinder Pal Singh pada minit ke-58, dan kedudukan itu kekal sehingga ke wisel penamat.
Malaysia akan melengkapkan jadual pusingan awal menentang Korea Selatan, esok. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016
#Korea Selatan
#Pakistan
#Stadium Hoki Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan