awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terpaksa lupakan hasrat beraksi di Piala Asia B-20

Bernama
Bernama
18/09/2022
22:00 MYT
Malaysia terpaksa lupakan hasrat beraksi di Piala Asia B-20
Aksi skuad Harimau Muda ketika menentang pasukan Korea Selatan di Stadium Persekutuan Bolasepak Mongolia (MFF), Ulaanbaatar. - Foto Facebook/Football Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Skuad Bawah (B) - 19 tahun kebangsaan terpaksa melupakan hasrat beraksi di Piala Asia B-20 tahun depan selepas dibelasah 6-2 oleh Korea Selatan di Stadium Persekutuan Bolasepak Mongolia (MFF), Ulaanbaatar, pada Ahad.
Pada aksi terakhir Kumpulan E pusingan kelayakan itu, penyerang Suwon FC Lee Youngjun menjadi duri dalam daging buat skuad Harimau Muda, apabila meledak hatrik menerusi jaringan pada minit ke-34, 74 dan 81.
Korea Selatan turut berpesta gol menerusi dua jaringan Lee Seungwon pada minit ke-57 dan penalti pada minit ke-88, manakala Bae Junho turut menepati sasaran pada minit ke-50.
Malaysia pula merapatkan jurang menerusi jaringan Adam Farhan Faizal pada minit ke-55 dan Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-68, manakala Ubaidullah Shamsul dibuang padang pada minit ke-67 selepas menerima kad kuning kedua.
Keputusan itu menyaksikan skuad negara gagal menamatkan pusingan kelayakan di kedudukan dua teratas, selepas Mongolia membelasah Sri Lanka 7-0 pada aksi selepas itu untuk meraih tempat kedua kumpulan berdasarkan jumlah jaringan, walaupun kedua-dua pasukan berkongsi empat mata.
Skuad kendalian Hassan Sazali Mohd Waras yang memulakan kempen dengan seri 1-1 menentang Mongolia, sebelum menewaskan Sri Lanka 3-0, mengumpul enam gol, kurang satu berbanding skuad tuan rumah.
Korea Selatan telahpun mengesahkan slot ke kejohanan itu selaku juara kumpulan, selepas berpesta gol 6-0 ke atas Sri Lanka dan 7-0 menentang Mongolia.
Hanya 10 juara kumpulan dan lima naib juara terbaik berpeluang layak ke pusingan akhir di Uzbekistan yang dijadual berlangsung bermula 1-18 Mac depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuad Bawah B - 19
#harimau muda
#bola sepak
#Piala Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan