Skip to main content

Sukan

Malaysia tewas 1-3 kepada Perancis, gagal ke akhir Hoki Remaja Piala Dunia

41386949489_295x200.jpg
Skuad hoki remaja Malaysia gagal meneruskan aksi cemerlang apabila tewas 1-3 kepada Perancis dalam penentuan pukulan penalti pada perlawanan separuh akhir Hoki Remaja Piala Dunia 2013 di Stadium Nasional Major Dhyan Chand di New Delhi, India.

Penalti itu dilakukan setelah Malaysia dan Perancis terikat dengan jaringan 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Skuad negara bermula amat baik apabila memperoleh gol seawal minit keempat menerusi jaringan padang Azri Hassan.

Namun skuad muda negara tidak dapat mengekalkan momentum apabila sering diasak pemain Perancis, yang memperoleh gol penyamaan menerusi jaringan gol padang Jean-Laurent Kieffer pada minit ke-63.

Jaringan penalti Perancis dihasilkan oleh Simon Martin Brisac, Gaspard Baumgarten dan Hugo Genestet yang menewaskan penjaga gawang Malaysia Hazrul Sobri.

Malaysia menjaringkan gol menerusi Faiz Helmi Jali.

Advertisement

Must Watch Video