awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tuan rumah Jelajah Dunia BWF Super 100

Bernama
Bernama
01/12/2022
13:25 MYT
Malaysia tuan rumah Jelajah Dunia BWF Super 100
Kejohanan yang dikenali sebagai Malaysia Super 100 itu akan diadakan pada 31 Okt hingga 5 Nov tahun depan dan 15-20 Okt 2024. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia antara tiga negara baharu yang disenaraikan sebagai tuan rumah untuk acara Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 100 bagi 2023 dan 2024.
BWF dalam kenyataannya hari ini memaklumkan kejohanan yang dikenali sebagai Malaysia Super 100 itu akan diadakan pada 31 Okt hingga 5 Nov tahun depan dan 15-20 Okt 2024.
"Sirkit Super 100 mengalu-alukan tuan rumah baharu dari China Taipei, Malaysia dan UAE (Emiriah Arab Bersatu). Anggota tuan rumah boleh mengadakan sehingga enam kejohanan setiap tahun termasuk maksimum dua kejohanan Super 100.
"Indonesia dan India akan mengadakan dua kejohanan Super 100 masing-masing pada 2023 dan 2024. Kejohanan Super 100 yang lain akan berlangsung di China dan Vietnam," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu mata ranking yang diperoleh pada kejohanan Super 100 ini akan menentukan kelayakan bagi Jelajah Dunia Akhir BWF pada hujung tahun selain kelayakan untuk Sukan Olimpik Paris.
Tempoh kelayakan bagi Sukan Olimpik Paris akan bermula dari 1 Mei 2023 hingga 28 April 2024.
Penyenaraian acara Malaysia Super 100 itu menyaksikan negara kini mempunyai tiga kejohanan Jelajah Dunia BWF iaitu selepas Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Jelajah Dunia BWF
#tuan rumah
#2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan