awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia

Bernama
Bernama
20/08/2025
04:10 MYT
Malaysia tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia
Acara dwitahunan anjuran Persekutuan Boling Asia ini bertujuan mencungkil bakat remaja dan memperkukuh pembangunan sukan tenpin boling di peringkat benua.
KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-22, bermula esok hingga 27 Ogos di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid.

Ringkasan AI
  • Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-22 dari 21 hingga 27 Ogos di Sunway Mega Lanes, melibatkan penyertaan pemain muda dari 14 negara Asia.
  • Kejohanan ini mempertandingkan acara perseorangan, beregu, berpasukan, all events dan final Masters, dengan Malaysia diwakili lapan pemain remaja lelaki dan wanita.
  • Acara dwitahunan anjuran Persekutuan Boling Asia ini bertujuan mencungkil bakat remaja dan memperkukuh pembangunan sukan tenpin boling di peringkat benua.

Menurut kenyataan Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), kejohanan itu akan menghimpunkan pemain muda dari 14 negara, iaitu Bahrain, Hong Kong, Jepun, Korea, Kuwait, Macau, Malaysia, Filipina, Qatar, Arab Saudi, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Kejohanan selama seminggu itu akan mempertandingkan beberapa acara termasuk perseorangan, beregu, berpasukan dan all events, sebelum berakhir dengan perlawanan final Masters bagi menentukan juara individu.
Malaysia akan diwakili empat pemain untuk kategori lelaki, iaitu Muhammad Danial Abu Samah, Wan Muhammad Zarif Ikram Wan Mazlan, Muhammad Aiman Syahin Sulaiman dan Ethan Damien Goh.
Pasukan wanita pula dibarisi Adania Mohd Redzwan, Adelia Nur Irwan Syazalee, Qurratu'Ain Izdihar Mohd Pozi dan Nurul Anis Nabila Mohd Nizam.
Kejohanan dwitahunan anjuran Persekutuan Boling Asia (ABF) itu menghimpunkan pemain lelaki dan wanita remaja terbaik dalam kalangan ahli ABF untuk bersaing merebut gelaran peringkat benua serta memperkasakan pembangunan sukan tenpin boling di Asia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#tuan rumah
#Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia
#bowling Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan