Perlawanan antara Malaysia dan Indonesia bagi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini berada dalam keadaan terkawal.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, tiada sebarang unsur provokasi daripada kedua-dua pasukan setakat jam 6 petang tadi.
“Pintu stadium telah dibuka seawal jam 4 petang tadi, penyokong-penyokong sudah ramai datang sekitar pukul 3 petang.
“Pintu masuk E yang dikhaskan untuk penyokong Indonesia juga berada dalam keadaan harmoni. Setakat ini tiada apa-apa yang berlaku,” katanya kepada Astro AWANI di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, seramai 1,500 pegawai dan anggota polis bertugas menjaga keselamatan dan lalu lintas pada perlawanan malam ini.
“Jadi saya menasihati penyokong, kita hadir hari ini untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing dan elakkan sebarang provokasi.
“Saya tengok kita hari ini berada dalam keadaan harmoni. Sebenarnya bola sepak atau sukan menyatupadukan kita semua,” ujarnya.
Tinjauan Astro AWANI di perkarangan stadium juga mendapati suasana tenteram.
Perlawanan antara Malaysia dan Indonesia malam ini merupakan perlawanan kelima Kumpulan G.
Malaysia kini menduduki tangga keempat Kumpulan G dengan kutipan enam mata manakala Indonesia gagal meraih sebarang mata selepas empat perlawanan.
Hasimi Muhamad
Tue Nov 19 2019

Tinjauan Astro AWANI di perkarangan stadium juga mendapati suasana tenteram. - Foto Twitter/@HasimiM

Cuepacs cadang wujud pasukan pemantau bebas KKM kaji masalah kemudahan kesihatan
Cuepacs mencadangkan KKM menubuhkan pasukan pemantau bebas di setiap negeri bagi menilai dan mengkaji setiap permasalahan yang berlaku di fasiliti atau kemudahan kesihatan dengan segera.

SEDCO ketuai pengurusan tebatan banjir di Beaufort - Hajiji
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) akan mengetuai pengurusan tebatan banjir di daerah Beaufort, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Sidang media atas talian Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ikuti sidang media Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan secara atas talian.

Mencabar nasihat kerajaan kepada Agong sama dengan mencabar Proklamasi Darurat - Exco Pemuda UMNO
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencabar Proklamasi Darurat di Mahkamah.

Kerugian PKP 2.0 tidak seteruk PKP tahun lepas - Ahli ekonomi
Jangkaan itu dibuat selepas mengambil kira lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi berbanding tahun lepas.

Niaga AWANI: Sekatan MSM oleh CBP | Apa reaksi, strategi Sime Darby Plantation?
Apakah langkah yang diambil Sime Darby Plantation selepas sekatan MSM oleh CBP pada 30 Disember lepas? Bagaimana sekatan tersebut berikan kesan kepada operasi dan pendapatan syarikat? Saksikan temubual Rizal Zulkapli bersama Ketua, Kelestarian Kumpulan Sime Darby Plantation Berhad, Rashyid Redza Anwarudin.

Video tular: 'Datuk' pukul pelanggan restoran dituduh esok
Lelaki bergelar 'Datuk' dan rakannya yang dipercayai memukul seorang pemuda di sebuah restoran di Persiaran Tropicana akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.

Agenda AWANI: Isu Keselamatan dan Keberkesanan vaksin COVID-19
Ketahui keberkesanan & keselamatan vaksin COVID-19 bersama Dr Kalairasu Pearisamy, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM Putrajaya yang juga Pengerusi Kumpulan Kerja Teknikal Pemilihan Calon Vaksin.

Anak yatim calon SPM kerja sambilan bantu keluarga
Farahanim Mohd Noor dan Muhammad Hazim Azizi guna kesempatan sekolah ditutup dengan bekerja sambilan mengumpul wang bagi membeli keperluan sekolah.

AWANI Ringkas: Selangor umum Kita Selangor | Harga besi naik, kontraktor terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

Harimau Malaya buntu tanpa persediaan optimum
Pasukan bola sepak negara tidak mempunyai pilihan selain terpaksa meneruskan cabaran pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, tanpa persediaan optimum.

Kewibawaan pengadil Malaysia dapat pengiktirafan antarabangsa
Tiga pengadil kebangsaan dipilih bertugas sepanjang saingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Zon Timur yang berlangsung di Doha, Qatar sejak 19 Nov lalu.

Neymar badut sejati, kata pemain Peru
Biarpun mengakui kualiti dan status Neymar dalam bola sepak, Zambrano menempelak bekas penyerang Barcelona itu.

Kelayakan Piala Dunia: Neymar jadikan Peru mangsa, hampiri rekod penjaring terbanyak Brazil
Neymar menyamai rekod jaringan Ronaldo untuk menduduki senarai penjaring kedua terbanyak Brazil selepas menyempurnakan sepakan penalti ketika membenam Peru.

Kontrak baru Cheng Hoe hampir muktamad, kata FAM
FAM memberi bayangan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, akan menandatangani kontrak baru bersama badan induk itu susulan penangguhan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Persahabatan antarabangsa: Malaysia uji Bahrain Oktober depan
Perlawanan persahabatan berkenaan merupakan medan persediaan skuad kebangsaan sebelum berdepan UAE dalam aksi keenam Kumpulan G.

Polis nafi video tular 'penyokong Indonesia dipukul' berlaku di Stadium Bukit Jalil
Huzir Mohamed berkata penularan video berkenaan dimuat naik bertujuan menjatuhkan reputasi Malaysia.

Masa untuk buat susu - Brendan Gan
Brendan mengakui dia seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan, saat seperti ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan apatah lagi mereka kini sudah ada Koa.

Kekecohan berlaku di luar stadium, beberapa individu ditahan
Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia dicemari insiden kekecohan di luar stadium sebaik perlawanan tamat.

Malaysia vs Indonesia: Keadaan di stadium terkawal
Perlawanan antara Malaysia dan Indonesia bagi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini berada dalam keadaan terkawal.