KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan (B-23) Brad Maloney bangga dengan kejayaan anak buahnya yang berjaya menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022, iaitu kali kedua selepas edisi 2018.
Lebih membanggakan, skuad bimbingan jurulatih kelahiran Australia itu mengungguli Kumpulan J pada perlawanan kelayakan berlangsung di Ulaanbaatar, Mongolia dengan rekod tanpa kalah dan langsung tidak dibolosi.
"Pencapaian menakjubkan daripada para pemain, saya mempunyai kepercayaan luar biasa terhadap pasukan ini. Mereka beraksi dengan sangat mantap dan profesional sepanjang kejohanan ini.
"Kami tidak dibolosi walaupun satu gol dalam keseluruhan perlawanan dan ia sama juga hari ini. Sudah tentu saya amat berbangga dengan pasukan ini," katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Thailand yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Persekutuan Bola Sepak Mongolia (MFF) pada Ahad.
Video sidang media diperoleh daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
BACA: Kelayakan Piala Asia B-23: Malaysia layak ke pusingan akhir selaku juara kumpulan
Malaysia menamatkan saingan kelayakan menghuni tangga teratas Kumpulan J dengan mengumpul tujuh mata selepas meraih kemenangan ke atas Laos dan Mongolia masing-masing keputusan 1-0 sebelum seri 0-0 dengan Thailand pada Ahad.
Thailand di tangga kedua dengan lima mata, diikuti Laos (tiga) dan Mongolia (satu).
Sebanyak 16 pasukan akan berentap pada pusingan akhir kejohanan yang memasuki edisi kelima, dijadual berlangsung pada 1-19 Jun tahun depan di Uzbekistan.
Mengulas mengenai persiapan pasukan sebelum ini, Maloney berkata skuad negara berdepan pelbagai cabaran dan beberapa kali terpaksa menukar perancangan susulan pandemik COVID-19.
"Kita mempunyai pelbagai perancangan pada awalnya, tapi disebabkan pandemik, kebanyakan rancangan terpaksa ditukar dan kita perlu ubah. Kita hanya ada dua minggu persediaan sebelum ke Mongolia.
"Kita juga pasukan terakhir tiba di sini... ketika tiba, kita terus memulakan misi, bermain habis-habisan dan capai apa yang kita hendak capai," katanya sambil berterima kasih kepada MFF kerana menganjurkan pusingan kelayakan itu meskipun berdepan cabaran akibat pandemik.
Sejak edisi sulung pada 2013, Malaysia pernah sekali layak ke pusingan akhir pada 2018 di China, yang mana ketika itu skuad kebangsaan di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee mara ke suku akhir sebelum tewas 2-1 kepada Korea Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 31 2021
Keputusan seri dalam aksi terakhir bertemu Thailand sudah cukup untuk menerbangkan pemain muda negara ke pentas Kejohanan Asia di Uzbekistan tahun hadapan. - Foto Astro ARENA
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Piala Asia B-23: Mukhairi Ajmal akui kelekaan bawa padah buat skuad Malaysia
Harapan mereka untuk melolosi peringkat kalah mati tertutup selepas kekalahan 0-3 kepada Thailand.
Cheng Hoe dedah pemain B-23 negara diserap dalam skuad kebangsaan
Pencapaian pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Kejuaraan AFC B-23 2018 di China dan Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang jadi kriteria utama.
AFC B-23: Pencapaian kita membanggakan, kata Kim Swee
Pencapaian anak buah Datuk Ong Kim Swee tetap membanggakan menerusi kemampuan bersaing hebat dengan beberapa pasukan handalan Asia.