awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Asia B-23: Malaysia layak ke pusingan akhir selaku juara kumpulan

Astro Arena
Astro Arena
31/10/2021
06:01 MYT
Kelayakan Piala Asia B-23: Malaysia layak ke pusingan akhir selaku juara kumpulan
Malaysia mempamerkan penguasaan total sepanjang separuh masa pertama sehingga pemain Thailand terpaksa berkampung di kawasan sendiri tetapi tiada sebarang gol dapat dihasilkan. - Facebook Football Association of Malaysia
SKUAD B-22 negara layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Uzbekistan, Jun tahun depan selepas menjuarai Kumpulan J pusingan kelayakan di Mongolia.
Secara keseluruhan, Malaysia mengumpulkan tujuh mata daripada tiga perlawanan selepas terikat 0-0 dengan Thailand dalam aksi terakhir di Stadium MFF, Ulaanbaatar sebentar tadi.
Terdahulu Malaysia menewaskan Laos dan tuan rumah, Mongolia, dalam dua aksi pertama untuk mengumpulkan enam mata dan hanya memerlukan keputusan seri ketika menentang Thailand bagi mengesahkan tempat ke kejohanan utama.
Malaysia mempamerkan penguasaan total sepanjang separuh masa pertama sehingga pemain Thailand terpaksa berkampung di kawasan sendiri tetapi tiada sebarang gol dapat dihasilkan.
Thailand meningkatkan rentak permainan mereka selepas separuh masa dan mula memberikan ancaman kepada gawang negara yang dikawal Azri Ghani.
Skuad negara kendalian Brad Maloney hampir memecahkan kebuntuan apabila sepakan sudut ketua pasukan, Mukhairi Ajmal Mahadi, menemui kepala Harith Haiqal Adam tetapi tandukannya sekadar hinggap di palang gol lawan dan percubaan susulan daripada Nik Akif Syahiran Nik Mat juga tidak berhasil.
Thailand meningkatkan asakan pada penghujung permainan, khususnya sepanjang lima minit waktu kecederaan, tetapi pertahanan pasukan negara kental bertahan untuk meraih satu mata berharga yang memutlakkan kedudukan teratas Kumpulan J.
Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia layak ke pusingan akhir kejohanan itu adalah dalam edisi di China pada 2018.
- StadiumAstro.com \ Muzaffar Musa
Topic Berkaitan
#Piala Asia
#skuad B-22
#Uzbekistan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan