awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maloney mahu terus bersama skuad B-23 sehingga Olimpik Paris 2024

Bernama
Bernama
06/06/2022
07:29 MYT
Maloney mahu terus bersama skuad B-23 sehingga Olimpik Paris 2024
Maloney akan melakukan rombakan bagi skuad sedia ada bagi menghadapi perlawanan pelengkap Kumpulan C menentang Vietnam Rabu ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan Brad Maloney akan terus mengemudi skuad berkenaan menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 selagi khidmatnya diperlukan.
Ini selepas prestasi hambar skuad berkenaan yang tersingkir daripada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan setelah tewas dalam dua perlawanan Kumpulan C menentang Korea Selatan dan Thailand.
"Ya, saya rasa begitu. Terlintas di fikiran saya, sesuatu yang jelas mungkin perlu berbincang dengan pihak pengurusan sebaik sahaja kembali nanti," katanya dalam sidang media selepas ditanya jika beliau akan terus menjadi jurulatih pasukan berkenaan dan membuat persiapan untuk kejohanan seterusnya.
Skuad B23 kebangsaan tewas 1-4 kepada juara bertahan Korea Selatan pada Khamis lepas sebelum dibenam 3-0 oleh Thailand, malam tadi.
Pengendali dari Australia itu mempunyai kontrak sehingga Disember 2023.
Sementara itu, Maloney berkata, beliau akan melakukan rombakan bagi skuad sedia ada bagi menghadapi perlawanan pelengkap Kumpulan C menentang Vietnam pada Rabu ini untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.
"Kita akan menilai semula dan pasti akan melihat pemain bergilir untuk perlawanan seterusnya," katanya.
Ditanya mengenai kekalahan skuadnya kepada Thailand, Maloney berkata anak buahnya mempamerkan persembahan memuaskan pada 20 minit pertama permainan sebelum gagal mengekang gol pendahuluan Thailand pada minit ke-23.
"Saya rasa beberapa pemain kita juga letih daripada perlawanan pertama dan seperti yang saya katakan, kita mengejar permainan dan perlu membuat beberapa perubahan untuk mencuba dan mendapatkan sesuatu daripada permainan," katanya yang mengakui skuad Gajah Perang sememangnya layak mendapat tiga mata dengan aksi dipamerkan pemain-pemain negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad kebangsaan
#b-23
#Brad Maloney
#olimpik paris 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan