Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) berharap kerajaan akan memberikan kelulusan terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan untuk prosedur operasi standard (SOP) khas sukan permotoran, agar ia dapat 'menghidupkan' kembali acara sukan berkenaan dalam negara.
Presidennya Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata MAM telah menghantar cadangan SOP berkenaan kepada kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan bagi membolehkan perlumbaan peringkat kebangsaan dapat dianjurkan dalam masa terdekat, selepas penganjuran acara sukan itu terus merudum sejak kira-kira sebulan yang lepas, yang memberi kesan terhadap sumber pendapatan ramai kalangan mereka yang terlibat dalam sukan itu.
Beliau berkata SOP bagi aktiviti sukan dan rekreasi, yang antara lain mengehadkan 10 peserta pada satu-satu masa, dan pematuhan kepada jarakan sosial; dilihat kurang sesuai bagi aktiviti perlumbaan, kerana aktiviti itu sering kali melibatkan anggota pasukan, paramedik, marshal, dan jurutera, selain pelumba.
Menurutnya para mekanik dan jurutera tidak dapat mematuhi peraturan jarakan 1.5 meter semasa menyediakan pelumba serta jentera mereka untuk berlumba.
"Kita masih belum pasti bila perlumbaan akan diadakan semula kerana kita perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan terlebih dahulu.
"Sebaik sahaja SOP diluluskan, kita memerlukan dua atau tiga bulan bagi menganjur satu-satu perlumbaan, terutama apabila ia melibatkan siaran televisyen.
"Selepas berada dalam keadaan paling teruk, trend kini nampak agak baik, kita sedang buat latihan dan ujian. Sekiranya tiada kluster baharu, kita optimis perlumbaan boleh diadakan kembali pada bulan September," katanya dalam persidangan media secara maya hari ini.
Difahamkan MAM telah menghantar cadangan SOP yang ketiga minggu lepas, yang turut merangkumi garis panduan secara bertulis dan paparan video.
Mokhzani berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian ada suasana perlumbaan di kawasan terbuka, ruang pergerakan yang luas, dan kawasan khas bagi menempatkan petugas dan kru; dengan perlumbaan dimulakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terlebih dahulu, sebelum diteruskan di litar lain seperti di Tangkak dan Gong Badak.
"Kita akan bermula dengan perlumbaan go-kart, diikuti dengan Siri National Malaysia Championship Series (MCS) dan Cub Prix di SIC, sebelum meneruskannya di litar lain.
"Kita ada banyak kawalan (berhubung pematuhan SOP) terutama di Sepang, itu sebabnya kita akan bermula dari sana, dan menggunakan SOP yang sama di litar yang seterusnya," katanya.
Sementara itu merujuk kepada MotoGP, beliau berkata berdasarkan kepada laporan di Eropah, pemegang hak MotoGP, Dorna Sports, mahukan supaya perlumbaan Malaysian GP yang dijadualkan berlangsung pada November ini dianjurkan dengan tontonan ramai, sedangkan kerajaan ketika ini masih menghalang perhimpunan ramai dan lintasan sempadan.
"Kami masih berharap MotoGP akan tiba di Malaysia, mereka masih sedang berbincang mengenai aspek penonton di Malaysia. Kita tidak pasti apa yang akan diputuskan oleh kerajaan," katanya.
MAM berhadapan dengan kerugian kira-kira RM457,000 disebabkan oleh pembatalan dan penangguhan acara sukan permotoran, manakala pegawai perlumbaan, termasuk marshal, pengendali dan pemeriksa trek dijangka mengalami kerugian sehingga kira-kira RM1.7 juta dari segi pendapatan selepas semua aktiviti trek dihentikan susulan penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 09 2020
MAM telah menghantar cadangan SOP berkenaan kepada kerajaan menerusi KBS bagi membolehkan perlumbaan peringkat kebangsaan dapat dianjurkan. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.