awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM sedia terima saranan ibu bapa isu kerahsiaan - Fadhlina
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mana mungkin tiada Langkawi dalam LTdL'

Sinar Harian
Sinar Harian
10/07/2023
01:00 MYT
'Mana mungkin tiada Langkawi dalam LTdL'
MOHD SUHAIMI: Mana mungkin tiada Langkawi dalam LTdL; ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana LTdL ada sejarahnya yang tersendiri di Langkawi. - Foto Sinar Harian
AHLI Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah meluahkan kekecewaannya apabila Pulau Langkawi tidak berada dalam senarai laluan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.
Menurut Mohd Suhaimi, beliau berasa sedih apabila menerima perkhabaran pulau legenda itu yang cukup sinonim dengan LTdL tidak termasuk dalam peta perlumbaan kali ini.
“Bukan sahaja saya, malahan saya percaya penduduk Langkawi khususnya juga kecewa apabila perlumbaan LTdL tidak dapat dilangsungkan di Langkawi tahun ini.
“Mana mungkin tiada Langkawi dalam perlumbaan LTdL. Ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana LTdL ada sejarahnya yang tersendiri di Langkawi.
“Jika tidak dilangsungkan di Langkawi, sebaik-baiknya tidak lagi dinamakan LTdL, letaklah apa sahaja nama lain,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.
BACA: 'Ini hidup mati Le Tour de Langkawi' - Abu Samah
Menyedari aura Langkawi dalam LTdL, Mohd Suhaimi berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengkaji semula laluan lapan peringkat perlumbaan yang diputuskan sebelum ini.
“Jika LTdL tidak diadakan di Langkawi, sudah tentu peniaga-peniaga kecil lebih terkesan kerana mereka akan hilang sumber untuk mencari pendapatan tambahan.
“Malah, kita juga mahu mempromosikan pelancongan di Langkawi. Tetapi bila Langkawi 'tanpa' LTdL, bagaimana kita mahu meningkatkan ekopelancongan di Langkawi.
“Tolong jangan libatkan politik dalam sukan, ini bukannya masa bermain politik. Jadi saya harap kerajaan (KBS) kaji semula laluan LTdL,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#LTdL
#Langkawi
#laluan LTdL
#Mohd Suhaimi Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan