awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester City sahkan penghijrahan Vieira ke Nice

Astro Arena
Astro Arena
11/06/2018
00:19 MYT
Manchester City sahkan penghijrahan Vieira ke Nice
Vieira (gambar) menuju ke saingan Ligue 1 untuk bersama Nice bagi menggantikan Lucien Favre yang berhijrah ke Borussia Dortmund. - Astro Arena
MANCHESTER CITY mengumumkan bahawa legenda Arsenal dan Perancis, Patrick Vieira, kini sah meninggalkan New York City untuk bergelar pengurus pasukan Nice.
Vieira menuju ke saingan Ligue 1 untuk bersama Nice bagi menggantikan Lucien Favre yang berhijrah ke Borussia Dortmund.
Pengendali berusia 41 tahun itu menguruskan New York City sejak 2016, selepas mengemudi skuad simpanan Manchester City susulan persaraan selaku pemain profesional.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada City Football Group dan New York City FC di atas peluang yang mengendalikan kelab yang hebat ini," kata Vieira dalam kenyataannya, semalam.
"Meninggalkan New York adalah satu keputusan yang besar buat saya dan keluarga. Ia bukan kata putus yang mudah.
"Sejak awal, City Football Group dan pihak atasannya seperti pengerusi, Khaldoon Al Mubarak, Brian Marwood, Ferran Soriano dan Marty Edelman telah memberikan kepercayaan dan tunjuk ajar kepada saya dalam tempoh lapan tahun terakhir karier, termasuk sewaktu bergelar pemain dan juga peluang menguruskan pasukan."
Vieira akan membimbing Nice yang menamatkan saingan Ligue 1 pada musim lalu di tempat kelapan dan hanya dibezakan satu mata dengan slot ke saingan Eropah.
Turut menyertai Vieira ke Perancis adalah pembantu jurulatih, Christian Lattanzio, jurulatih kecergasan, Kristian Wilson, serta jurulatih kecergasan fizikal, Matt Cook.
Topic Berkaitan
#City Football Group
#Manchester City
#New York FC
#Nice
#Patrick Vieira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan