awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United akan ke Singapura, Julai ini

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2019
14:23 MYT
Manchester United akan ke Singapura, Julai ini
Manchester United akan ke Singapura, China, Australia dan Wales untuk perlawanan pramusim. - Gambar fail.
JELAJAH pramusim bagi Manchester United akan melibatkan perlawanan dengan Inter Milan di Stadium Nasional Singapura pada 20 Julai, sebelum bertemu Tottenham Hotspur di Shanghai, China pada 25 Julai.
Ini merupakan dua perlawanan yang akan melibatkan United dalam jelajah pramusim di Asia sebelum mengakhiri jelajah pramusim di Wales bertemu AC Milan di Stadium Cardiff Principality pada 3 Ogos.
Perlawanan tersebut adalah tambahan daripada dua perlawanan pra-musim yang diumumkan sebelum ini, menentang Perth Glory dan Leeds United pada 13 dan 17 Julai di Australia.
“Kesemua perlawanan dan jelajah secara keseluruhan, bukan sahaja membantu kami dalam persiapan musim baharu tetapi juga menyediakan hiburan bola sepak dan peluang untuk berinteraksi dengan peminat kami di Australia dan Asia,” kata Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward dalam satu kenyataan.
“Ini merupakan lawatan ketiga kami ke Singapura dan yang ke-15 ke China dan kami teruja untuk kembali untuk beraksi menentang pasukan hebat di sana," katanya.
Sekurang-kurangnya empat pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan ke China untuk perlawanan pramusim termasuk Manchester City, Newcastle United, West Ham United dan Wolverhampton Wanderers yang akan beraksi pada Trofi Asia Premier League di Nanjing dan Shanghai.
Topic Berkaitan
#China
#Ed Woodward
#inter milan
#jelajah pramusim
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester United
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan