awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United mara ke final Liga Europa selepas benam Athletic Bilbao 4-1

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
08/05/2025
22:45 MYT
Manchester United mara ke final Liga Europa selepas benam Athletic Bilbao 4-1
Dengan kemenangan ini, Manchester United (gambar) akan berdepan Spurs dalam perlawanan akhir yang dijadual berlangsung pada 21 Mei di Bilbao, Sepanyol. - Foto Manchester United
MANCHESTER United menampilkan aksi gemilang apabila membenam Athletic Bilbao 4-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa di Old Trafford malam tadi, menjarakkan agregat kepada 7-1 dan merangkul tiket ke final menentang Tottenham Hotspur.
Selepas dibolosi menerusi rembatan cantik Jaureguizar pada minit 31 babak pertama, United bangkit dan menguasai permainan pada separuh masa kedua.
Mason Mount menyamakan kedudukan tidak lama selepas rehat, sebelum Casemiro dan Rasmus Højlund masing-masing menambah gol.
Mount sekali lagi menambah derita Bilbao selepas menjaringan gol jarak jauh kaki kiri yang memukau terus ke gawang Bilbao untuk memastikan kemenangan selesa.
Dengan kemenangan ini, Manchester United akan berdepan seteru dari Liga Perdana Inggeris, Spurs, dalam perlawanan akhir yang dijadual berlangsung pada Rabu 21 Mei, di Bilbao, Sepanyol - satu kebetulan menarik kerana venue perlawanan akhir adalah di halaman lawan yang baru mereka singkirkan.
Pertembungan dua kelab gergasi England ini dijangka sengit, dengan kedua-dua pasukan berhasrat untuk menamatkan musim dengan trofi Eropah.
United kini hanya satu perlawanan lagi daripada menamatkan kemarau trofi Eropah mereka sejak kemenangan Liga Europa pada 2017.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Liga Europa
#Tottenham Hotspur
#Athletic Bilbao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami