awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United sedia berhitung dengan Liverpool - Paul Pogba

Astro Arena
Astro Arena
13/01/2021
08:08 MYT
Manchester United sedia berhitung dengan Liverpool - Paul Pogba
"Ia akan menjadi perlawanan yang menarik buat semua orang," kata Pogba. - Reuters
BINTANG Manchester United, Paul Pogba, berkata The Red Devils sudah bersedia untuk pertembungan tumpuan dengan Liverpool selepas memintas juara bertahan itu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Anak buah Ole Gunnar Solskjaer itu menguasai tangga teratas EPL buat pertama kalinya sejak musim terakhir Alex Ferguson memegang jawatan pengurus pada 2012-13 susulan kemenangan Selasa 1-0 di Burnley, awal pagi tadi.
Pogba muncul wira pasukan -- rembatan derasnya ketika permainan bersisa 19 minit bagi memastikan pasukannya memungut mata penuh -- seterusnya memintas kedudukan The Reds menjelang pertembungan getir di Anfield, tengah malam Isnin ini.
"Ia akan menjadi perlawanan yang menarik buat semua orang," kata Pogba kepada BBC Sport, dengan lima daripada tujuh gol EPL terakhirnya direkodkan di gelanggang sendiri.
"Kami akan menghadapi perlawanan penting, jadi ayuh bersiap-siap untuk itu."
United mendominasi Burnley yang menyaksikan gol Harry Maguire dalam babak pertama dibatalkan akibat kekasaran awal.
Begitupun, Pogba menjadi nadi kemenangan pasukannya di Turf Moor itu dengan menyempurnakan hantaran silang Marcus Rashford.
Umpanan itu menyaksikan Rashford kini terlibat dengan 11 gol dalam 14 penampilan EPL terakhirnya (enam gol dan lima bantuan jaringan).
Sementara itu, juara 20 kali itu belum tewas dalam 15 perlawanan terakhir EPL sejak tunduk 0-2 kepada Liverpool, Januari tahun lalu.
"Kami sedar jika kami menang malam ini, kami akan berada di puncak liga sebelum menghadapi Liverpool," kata Pogba yang melakukan sentuhan tertinggi dalam perlawanan (106), hantaran tepat (71) dan hantaran berbahaya (lima).
"Kami perlu terus bertenang, sekarang ini adalah detik yang penting. Kita akan lihat apa yang akan terjadi kelak."
Topic Berkaitan
#Paul Pogba
#bola sepak
#Manchester United
#Red Devils
#Liverpool
#Liga Perdana Inggeris
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan