Kerajaan negeri mengumumkan bonus berjumlah RM150,000 kepada pasukan bola sepak negeri itu kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2019.
Sambil mengucapkan terima kasih dan rasa bangga terhadap skuad 'The Bos Gaurus', Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pihak pengurusan diberikan mandat untuk mengagihkan bonus itu kepada semua yang terlibat.
"Sekiranya skuad 'The Bos Gaurus' mampu untuk menjulang Piala FA, InsyaAllah akan ada lagi bonus yang menanti mereka selepas ini," katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau.
Terdahulu, Ahmad Faizal yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menerima kunjungan pemain dan pengurusan 'The Bos Gaurus' di kediaman rasmi menteri besar di sini kira-kira pukul 1.15 pagi tadi.
Perak mengesahkan tempat ke final Piala FA 2019 dengan agregat 4-3 ke atas Pahang setelah menundukkan skuad Tok Gajah itu 3-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Perak, di sini, malam tadi.
BACA: Perak sahkan tiket ke perlawanan akhir Piala FA 2019
Ahmad Faizal dalam pada itu turut menzahirkan rasa gembira melihat suasana di Stadium Perak berubah dengan sorakan padu daripada para penyokong yang disifatkan beliau sebagai 'pemain ke-12'.
Sementara itu, jurulatih Perak, Mehmed Durakovic dalam ucapan ringkasnya pada pertemuan tersebut menyifatkan prestasi ditunjukkan anak buahnya pada perlawanan malam tadi sebagai sesuatu yang amat menakjubkan.
"Jika tahun lalu kita berjaya menamatkan badi 18 tahun tidak memenangi Piala Malaysia, tahun ini kita mahu tamatkan badi 15 tahun Piala FA pula. Semua yang berada dalam pasukan ini telah melaksanakan tugas dengan cukup fantastik.
"Saya sangat berterima kasih kepada semua. Semua kita adalah keluarga, kita menang bersama, kalah bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2019
Pasukan Perak layak ke final setelah berjaya menumpaskan pasukan Pahang pada saingan Separuh Akhir Kedua Piala FA Malaysia di Stadium Perak malam ini Keputusan penuh Perak menang dengan agregat 4-3. - Foto Bernama
Kakitangan hospital Israel siap sedia pembebasan tahanan
Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.
Trump lawat kawasan terjejas kebakaran Los Angeles
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Wanita Pertama Melania Trump melawat sebuah kawasan kejiranan yang musnah akibat kebakaran kejiranan Pacific Palisades, di barat laut Los Angeles pada Jumaat
Dua ekor panda China tampil di Zoo Washington
Dua ekor panda dari China membuat penampilan sulungĀ kepada umum di Zoo Negara Washington, DC pada Jumaat.
Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan
Kerajaan sedang mengenal pasti situasi menang-menang melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu bekalan beras putih tempatan dan harga belian padi.
PM Anwar teguh perjuangkan kebebasan kehakiman walau hadapi ujian peribadi, kata Setiausaha Politik
Perdana Menteri sentiasa teguh dalam memperjuangkan kebebasan badan kehakiman, walaupun pernah menjadi mangsa kepada sistem kehakiman yang dipengaruhi oleh agenda politik.
Dua panda baharu dari China tampil di Zoo Negara Washington
Dua ekor panda dari China membuat penampilan sulung kepada umum di Zoo Negara Washington, DC pada Jumaat.
KDN perkukuh kawalan sempadan Malaysia-Thailand, tangani jenayah rentas negara
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.
[TERKINI] Pertukaran petugas kaunter berfasa, elak urusan rakyat terjejas
Pertukaran petugas kaunter yang berkhidmat melebihi lima tahun perlu dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan ketetapan baharu itu tidak merencatkan urusan perkhidmatan kerajaan.
AWANI Ringkas: Nahas lori 10 tan dan perodua Alza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hannah gesa persatuan sukan kurangkan amalan politik
Menteri Belia dan Sukan mahu setiap pemilihan yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan sukan dilaksanakan secara sihat.
Mara final Piala FA, pasukan Perak dapat bonus RM150,000
Kerajaan negeri mengumumkan bonus berjumlah RM150,000 kepada pasukan bola sepak negeri itu kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2019.