awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marcelo cemerlang benam Chelsea

Astro Arena
Astro Arena
31/07/2016
01:43 MYT
Marcelo cemerlang benam Chelsea
Pertahanan Marcelo meletakkan skuad Zinedine Zidane di depan dengan rembatan sejauh 20 ela, sebelum melakukan penyudah kedua yang kemas.
DUA jaringan Marcelo dan rembatan Mariano Diaz membantu Real Madrid meraih kemenangan 3-2 ke atas Chelsea dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa di Amerika Syarikat, awal pagi tadi.
Real Madrid ditewaskan Paris Saint-Germain 3-1, Khamis lalu, bagaimanapun gergasi La Liga itu kelihatan seolah-olah begitu selesa mencipta kemenangan di hadapan 105,826 penyokong di Stadium Michigan.
Pertahanan Marcelo meletakkan skuad Zinedine Zidane di depan dengan rembatan sejauh 20 ela, sebelum melakukan penyudah kedua yang kemas.
Pada jaringan pertama pada minit ke-19 itu, Marcelo mencuba nasib dengan menggunakan kaki kanannya yang lemah sebelum bola tertampan Oscar, sekali gus mengelirukan Begovic.
Pertahanan dari Brazil itu sekali lagi menjaringkan gol tujuh minit kemudian, untuk sekali lagi mengecewakan Begovic.
Jaringan menarik hadir daripada percubaan 25 ela daripada Mariano yang tidak daya dicapai Asmir Begovic, menuju masa rehat.
Bagaimanapun, Chelsea bangkit lewat apabila pemain gantian Hazard yang banyak mendapat kritikan kerana beraksi di bawah tahap sebenar musim lalu, menjaringkan dua gol (m80+m91) dalam tempoh 10 minit.
Jurulatih baharu Chelsea baru Antonio Conte, yang juga bekas rakan sepasukan Zidane di Juventus, mempunyai kira-kira dua minggu sebelum aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang West Ham dan dia pastinya berminat untuk melihat peningkatan pantas dalam barisan pertahanan.
Sementara itu, Bayern Munich menewaskan Inter Milan 4-1 dan Barcelona mengalahkan Celtic 3-1.
Topic Berkaitan
#Chelsea
#Marcelo
#piala juara-juara antarabangsa
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan