awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marcelo gusar fikirkan kesan jika Madrid tewas

Astro Arena
Astro Arena
23/05/2018
01:12 MYT
Marcelo gusar fikirkan kesan jika Madrid tewas
Marcelo percaya kritikan akan menyerang pasukannya sekiranya gagal di Kiev. - Gambar fail
MARCELO berpendapat pihak media akan "membunuh" Real Madrid jika mereka gagal menewaskan Liverpool di pentas final Liga Juara-Juara Eropah pada Sabtu.
Madrid kini dalam usaha untuk muncul selaku pasukan pertama dalam format moden yang memenangi kejuaraan tertinggi Eropah kali ketiga berturut-turut, setelah menjulang trofi kedua di Cardiff pada tahun lalu.
Bagaimanapun, mereka mengharungi musim 2017/18 dengan penuh kesukaran, apabila berada 17 mata di belakang Barcelona dalam saingan LaLiga serta terkandas di suku akhir Piala Raja Sepanyol.
Skuad Los Blancos tampil cemerlang dalam saingan Piala Dunia Kelab, Piala Super Eropah dan Piala Super Sepanyol, namun Marcelo percaya kritikan akan menyerang pasukannya sekiranya gagal di Kiev.
"Kita akan lihat apa berlaku selepas aksi final. Sama ada mereka akan membunuh kami atau memuji kami," kata Marcelo.
"Saya tidak rasa musim ini sebagai satu kegagalan. Ia adalah perkataan yang digunakan oleh media tetapi sudah tentu kami ingin memenangi kejuaraan untuk kelab, peminat dan juga keluarga kami."
Rakan sepasukan Marcelo, Dani Carvajal, berpendapat musim ini jauh daripada kecemerlangan pasukan tetapi menggesa pasukannya agar membuktikan status juara bertahan dalam aksi pada Sabtu.
"Ia menjadi satu musim yang unik, terdapat naik dan turun tetapi kami di final Liga Juara-Juara Eropah.
"Jika kami tidak menang, tidak adil untuk mengatakan tentang kegagalan. Kami akan kembali ke bilik persalinan dengan penuh kebanggaan walaupun jika ia berlaku," ujar Carvajal.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Dani Carvajal
#Kiev
#Liga Juara-Juara Eropah
#Liverpool
#Marcelo
#Piala Dunia
#piala super
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan