awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mariano ucap terima kasih buat Lopetegui

Astro Arena
Astro Arena
31/10/2018
04:13 MYT
Mariano ucap terima kasih buat Lopetegui
Bekas pengurus Sepanyol itu melalui 14 perlawanan secara keseluruhan tetapi kegagalan mencari pengganti Cristiano Ronaldo menjadi antara faktor kejatuhannya. - Gambar fail
PENYERANG Real Madrid, Mariano Diaz, mengucapkan terima kasih kepada ketua jurulatih yang baru dipecat, Julen Lopetegui, kerana memberikannya peluang kedua di Santiago Bernabeu.
Lopetegui dipecat kira-kira 24 jam selepas Madrid dimalukan Barcelona 5-1 dalam pertemuan El Clasico, Ahad lalu.
Bekas pengurus Sepanyol itu melalui 14 perlawanan secara keseluruhan tetapi kegagalan mencari pengganti Cristiano Ronaldo menjadi antara faktor kejatuhannya.
Mariano, 25 tahun, merupakan penyerang senior yang dibawa masuk selepas penghijrahan Ronaldo ke Juventus dan dia memberikan penghargaan kepada Lopetegui yang telah membawanya kembali dari Olympique Lyon, pasukan yang disertai hanya semusim.
"Saya sentiasa berterima kasih kepada Lopetegui, individu yang membuatkan saya kembali ke tempat asal," kata Mariano.
"Saya mengucapkannya selamat maju jaya di masa depan.
"Kini, kami harus berusaha lebih keras untuk mengatasi situasi ini."
Satu-satunya jaringan Mariano sejak kembali ke Sepanyol adalah sewaktu Madrid menewaskan AS Roma 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Bekas pemain tengah Madrid, Santiago Solari, mengambil-alih jawatan pengurus buat sementara di Santiago Bernabeu.
Topic Berkaitan
#barcelona
#bola sepak
#Cristiano Ronaldo
#Julen Lopetegui
#jurulatih
#Mariano Diaz
#Real Madrid
#sepanyol
#terima kasih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan