Pengendali Johor Darul Takzim (JDT) Mario Gomez meluahkan rasa lega kerana barisan anak buahnya mampu mengutip tiga mata di Kuala Terengganu walaupun terpaksa beraksi tanpa kehadiran penyokong.

Kemenangan itu turut memastikan skuad Harimau Selatan itu naik ke tangga kedua liga 2 mata dibelakang pendahulu Pahang yang mencatat kemenangan selesa 5-3 keatas PDRM Sabtu lalu.

Walaupun mempunyai beberapa peluang terhidang untuk meledak gol namun jentera serangan JDT gagal membuat sebarang percubaan tepat.

Pengendali dari Argentina itu turut mengakui pemainnya menerima asakan hebat dari anak buah Abdul Rahman Ibrahim.

Mario mahu anak buahnya mengutip lagi tiga mata apabila lawan sama bertandang ke Larkin pada Selasa.

Ditambah dengan kehadiran penyokong setia JDT yang pasti akan memenuhi stadium, sudah pasti mampu menjadi pemain ke-12 untuk memastikan harapan itu terlaksana.