DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 Julai 2025.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata beliau merancang untuk mengenakan tarif melebihi 10 peratus ke atas negara kecil, termasuk negara di Afrika dan Caribbean.
Menteri Luar dan Ekspatriat Syria Asaad Hasan Al-Shaibani menangguhkan lawatan rasminya ke Malaysia yang dijadualkan pada Rabu dan Khamis (17-18 Julai) disebabkan hal yang tidak dijangka.
Warganegara Malaysia akan menikmati kemasukan tanpa visa ke China bagi lawatan jangka pendek berjumlah sehingga 90 hari dalam tempoh 180 hari, berkuat kuasa 17 Julai.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa mengumumkan, Indonesia akan dikenakan tarif sebanyak 19 peratus ke atas semua barangan dieksport ke AS, manakala eksport AS ke Indonesia akan bebas daripada halangan tarif dan bukan tarif.
Nigeria mengucapkan selamat tinggal kepada bekas Presiden Muhammadu Buhari, yang meninggal dunia pada usia 82 tahun di sebuah hospital di London pada Ahad lalu, dengan penghormatan penuh negara dan upacara pengebumian yang menyentuh hati di kampung halamannya, Daura, negeri Katsina.
Pakistan menyuarakan kebimbangan serius terhadap peningkatan penggunaan pencerobohan sebagai alat dasar luar dan menyeru agar pertikaian antarabangsa diselesaikan secara diplomatik selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Tiga anggota Suruhanjaya Siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Wilayah Palestin yang Diduduki secara tiba-tiba meletak jawatan atas alasan peribadi.
Lebih 300 bas elektrik telah mula beroperasi di ibu negara Chile pada Selasa sebagai sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk memodenkan sistem pengangkutan awam serta mengurangkan pelepasan karbon.
Perdana Menteri Perancis, François Bayrou, mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan penghapusan dua cuti umum sebagai sebahagian daripada pelan bajet 2026 yang bertujuan mengurangkan hutang negara yang semakin membebankan.
Gerakan Hamas menuduh Israel meningkatkan apa yang mereka sifatkan sebagai “perang pemusnahan” terhadap rakyat Palestin di Gaza, susulan serangan udara ke atas sebuah fasiliti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Deir al-Balah yang meragut nyawa seorang pekerja kemanusiaan asing dan mencederakan lima yang lain.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami