BEKAS penyerang Juventus dan Bayern Munich, Mario Mandzukic, pada usia 35 tahun dengan jaringan paling diingatinya pastilah gol kemenangan ke atas England yang membawa Croatian ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018.

Tonggak pasukan kebangsaan Croatia itu meledak gol kemenangan tersebut dalam masa tambahan separuh akhir Piala Dunia berkenaan sebelum menyumbang kedua-dua gol di ketika tumpas 2-4 kepada Perancis dalam penentuan gelaran.

Dia muncul pemain pertama yang menjaringkan gol sendiri dalam final Piala Dunia untuk memberikan Perancis pendahuluan awal sebelum memanfaatkan kesilapan Hugo Lloris untuk memberikan harapan kebangkitan lewat kepada negaranya.

Dia mengumumkan persaraannya itu di Instagram, dengan berkata bahawa dia perlu sentiasa bersedia sepanjang 109 minit ketika menghadapi England dalam Piala Dunia.

Itulah saat ketika memperdayakan Jordan Pickford untuk menghantar Croatia ke final Piala Dunia pertama mereka sebagai pemenang 2-1 ke atas The Three Lions.

Kerjaya Mandzukic bermula pada awal 20-an di Dinamo Zagreb, sebelum menyertai kelab Jerman, Wolfsburg, pada 2010 dan tahun kemudian berpindah pula dua ke Bayern Munich, di mana dia menjaringkan gol kemenangan Liga Juara-Juara (UCL) 2013 ke atas Borussia Dortmund selain dua kali menawan Bundesliga.

Hanya Robert Lewandowski (44 gol) dan Stefan Kiessling (40) yang menjaringkan lebih 33 gol Bundesliga daripada dalam dua kempen bersama Bayern.


Setahun selepas itu dia di Atletico Madrid sebelum Mandzukic menikmati empat gelaran Serie A selama empat musim di Juventus selain menjaringkan gol yang tidak dapat dilupakan dalam kekalahan final UCL kepada Real Madrid pada 2017.

Selepas itu mewakili kelab Qatar, Al-Duhail, dia kembali ke Itali bersama Milan dalam pusingan kedua musim lalu.

Sesudah menggegar jaringan sebanyak 33 gol dalam 89 perlawanan di peringkat antarabangsa, Mandzukic menulis: "Walaupun anda menyarung but ini buat pertama kalinya, sukar untuk membayangkan apa yang akan ditempuhi dalam bola sepak.

"Anda akan menjaringkan gol di peringkat terbesar dan anda akan memenangi gelaran terbesar bersama kelab tersohor. Penuh bangga mewakili negara, saya membantu melakar sejarah sukan Croatia.

"Anda akan mencapai kejayaan apabila mempunyai ramai orang yang bagus di sekliling anda - rakan sepasukan, jurulatih, peminat, dan keluarga, ejen serta rakan yang akan sentiasa ada untuk anda. Saya akan sentiasa berterima kasih kepada mereka semua!

"Yang terpenting, anda akan berjaya kerana anda akan sentiasa memberikan yang terbaik. Itulah yang paling anda akan banggakan. Anda perlu banyak berkorban, tetapi anda akan tahu bahawa ia jadi berbaloi atas semua detik-detik menakjubkan yang dilalui.

"Saya akan mula sedar apabila tiba masanya untuk bersara, menyimpan kasut ini di kabinet dan tidak akan berasa menyesal. Bola sepak akan selalu menjadi sebahagian daripada hidup sata, tetapi saya akan menantikan babak baru.

"(Nota akhir) Sekiranya anda bermain menentang England dalam Piala Dunia, bersiaplah sekitar minit ke-109."