KUALA LUMPUR: Tahun Baharu, tekad baharu, sudut pandang baharu.
Pemain skuash wanita kebangsaan Aifa Azman kini bersedia untuk membuka lembaran 2024 dengan memutuskan untuk keluar dari zon selesa termasuklah menjalani latihan lebih panjang di luar negara.
Aifa akan menjalani latihan selama dua bulan di England bermula Mac ini dan akan berlatih bersama pemain dalam kelompok 20 teratas di sana.
"Jika saya terpaksa pergi ke mana-mana, memang susah sikit (latihan luar negara) sebab saya 'family person' dan ada komitmen pengajian di Universiti Malaya.
"Jika seminggu dua ok, tetapi berjauhan (sebelum ini) untuk masa yang panjang buat saya fikir dua tiga kali, tetapi sekarang saya sedar saya mesti keluar dari zon selesa," katanya kepada Bernama.
Aifa berharap latihan panjang di luar negara dan peluang untuk beraksi dengan pemain terbaik akan membantunya menjadi setaraf dari segi kemahiran dengan kelompok terbabit.
Selain latihan di England, atlet dari Kedah itu juga dijadualkan bertanding dalam beberapa kejohanan di London dan Manchester.
Setelah terlepas peluang untuk mencecah kedudukan 20 teratas Ranking Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) musim lepas, Aifa berkata mencapai kedudukan itu amat penting bagi perkembangan kerjayanya.
"Selepas Sukan Asia Hangzhou 2022, saya rasa ada beberapa perbezaan besar dalam permainan saya apabila saya rasa lebih selesa bermain dengan pemain dalam kelompok 20 teratas.
"Saya harap saya akan dapat lebih pendedahan untuk bermain dengan mereka, menyamai tahap mereka dan berada dalam kelompok 20 terbaik. Itu sasaran saya untuk tahun baharu ini," katanya.
Aifa, yang memenangi kejohanan skuasy Terbuka Malaysia 2021 (Jelajah Dunia PSA peringkat Gangsa), iaitu pencapaian terbaiknya setakat ini, berkata beliau tidak sabar untuk menonjolkan diri dengan mencipta lebih banyak kejayaan dalam kejohanan bertaraf lebih tinggi tahun ini.
Bintang meningkat naik itu turut berharap dapat lebih konsisten apabila beraksi dalam Jelajah Dunia PSA peringkat lebih tinggi dan melangkah sekurang-kurangnya suku akhir bagi kejohanan peringkat Perak dan pusingan ketiga bagi peringkat Platinum.
Mengimbau 2023, Aifa berpuas hati dengan pencapaiannya terutama selepas membantu negara membawa pulang dua pingat di Hangzhou.
Aifa adalah sebahagian daripada skuad yang merangkul emas dalam acara wanita dan perak dalam berpasukan kumpulan bersama Mohd Syafiq Kamal.
Beliau mengakhiri musim 2023 dengan mara ke separuh akhir sebelum tunduk kepada pemain nombor lima dunia dari Belgium, Nele Gilis, 8-11, 11-6, 3-11, 6-11 pada Terbuka New Zealand 2023, bulan lepas.
Perlawanan sulung Aifa tahun ini adalah berdepan pemain ke-49 dunia Grace Gear dari England pada Kejohanan Juara-Juara 2024 di New York dari 17-25 Jan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
Aifa akan menjalani latihan selama dua bulan di England bermula Mac ini dan akan berlatih bersama pemain dalam kelompok 20 teratas di sana. - Foto fail/BERNAMA
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Masa untuk keluar dari zon selesa - Aifa
Pemain skuash wanita kebangsaan Aifa Azman kini bersedia untuk membuka lembaran 2024 dengan memutuskan untuk keluar dari zon selesa termasuklah menjalani latihan lebih panjang di luar negara.
Aira juara baharu acara wanita Kejohanan Skuasy Kebangsaan
Bintang muda meningkat naik Aira Azman muncul juara baharu acara wanita Kejohanan Skuasy Kebangsaan edisi ke-38 selepas menumpaskan pemain lebih berpengalaman Noor Ainaa Amani Ampandi, 3-1 hari ini.