awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasangan pengantin Orang Asli teruja diraikan di majlis perkahwinan
Aqil Mirza , Whitney juara Kejohanan Skuasy Remaja Kebangsaan 2026
Pakar virologi Thailand beri amaran risiko virus Nipah daripada kelawar buah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters Indonesia: Lawan tarik diri, Pearly Tan-M Thinaah dinobat juara

Astro Arena
Astro Arena
25/01/2026
07:45 MYT
Masters Indonesia: Lawan tarik diri, Pearly Tan-M Thinaah dinobat juara
Penarikan diri oleh beregu lawan itu menyaksikan gandingan ranking kedua dunia itu merangkul gelaran sulung musim ini. - Stadium Astro
MENANG tanpa bertanding.
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah, meraih kejuaraan Kejohanan Badminton Masters Indonesia selepas pihak lawan menarik diri pada saat akhir di Istora Senayan, hari ini.
Perkara itu dikemas kini oleh laman jadual perlawanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebentar tadi, menyaksikan gandingan ranking kedua dunia itu merangkul gelaran sulung musim ini.
Setakat ini, belum ada butiran lanjut mengapa wakil Jepun, Arisa Igarashi-Miyu Takahashi, menarik diri daripada bermain aksi final kejohanan Super 500 itu.
Untuk rekod, ini merupakan gelaran ketujuh Pearly dan Thinaah sepanjang bersama dalam siri jelajah BWF itu sejak 2021. -- Stadium Astro




Topic Berkaitan
#badminton
#Masters Indonesia
#Pearly Tan-M Thinaah
#muncul juara
#lawan tarik diri
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan