Masters Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin lengkapkan hatrik gelaran buat Malaysia

Bertemu wakil tuan rumah, Raymond Indra–Nikolaus Joaquin, Sze Fei-Izzuddin berjaya merekodkan kemenangan 21-19, 21-6 sekali gus muncul juara. - Foto Stadium Astro
BEREGU profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, muncul juara dalam Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, Jakarta dengan menewaskan gandingan tuan rumah sebentar tadi.
Bertemu wakil tuan rumah, Raymond Indra–Nikolaus Joaquin, Sze Fei-Izzuddin berjaya merekodkan kemenangan 21-19, 21-6 sekali gus muncul juara -- gelaran ketiga Malaysia buat dalam saingan edisi Masters Indonesia kali ini.
Ini juga kejayaan buat 'FeiDin' mempertahankan kejuaraan yang dimenangi wakil Malaysia (Man Wei Chong-Tee Kai Wun) edisi lalu.
Kemenangan mereka ini terhasil selepas pasangan campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, yang menamatkan cabaran selaku juara. -- Stadium Astro


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

