awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters KL: Jun Hao raih gelaran kedua Jelajah Dunia

Bernama
Bernama
05/11/2023
12:42 MYT
Masters KL: Jun Hao raih gelaran kedua Jelajah Dunia
Leong Jun Hao mencipta sensasi selepas merakam kemenangan straight set 22-20 dan 21-13 ke atas wakil Taiwan Lee Chia Hao. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao meraih gelaran Jelajah Dunia kedua buat dirinya selepas menjuarai Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur 2023 hari ini.
Pada aksi final di Stadium Titiwangsa, pilihan kedua kejohanan itu mencipta sensasi selepas merakam kemenangan straight set 22-20 dan 21-13 ke atas wakil Taiwan Lee Chia Hao dalam pertarungan 43 minit.
Terdahulu, pemain kelahiran Kuala Lumpur itu mengawal permainan set pertama dengan mendahului 11-6 sebelum menoktahkan kemenangan ke atas lawannya yang menghuni ranking ke-37 dunia dengan kelebihan dua mata.
Chia Hao cuba bangkit memberikan tentangan pada set kedua, namun beberapa kesilapan di jaring menghukumnya sekali gus mengesahkan kejuaraan menjadi milik Juara Remaja Asia 2017 itu.
Ini merupakan gelaran Jelajah Dunia kedua Jun Hao selepas Masters Indonesia di Malang, Oktober tahun lepas.
"Datang ke kejohanan ini saya rasa mahu berjuang untuk gelaran juara dan setiap orang berharap untuk saya jadi juara di sini, jadi sudah pasti tekanan di atas saya dan setiap apa yang saya lakukan, permainan akan menjadi tegang dan jadi tumpukan permainan sehingga mata terakhir," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Mengiringi kejayaan Jun Hao, beregu campuran profesional negara Chan Peng Soon-Cheah Yee See yang mengatasi wakil Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong dalam perlawanan yang diheret hingga ke set penentuan.
Dalam aksi final beregu campuran itu, Peng Soon-Yee See dipaksa bermandi keringat bagi mencatat kemenangan di set pertama 21-9 namun tewas di set kedua 17-20, sebelum bangkit 21-10 di set ketiga dalam pertarungan 62 minit.
Kejayaan gandingan ranking ke-44 dunia itu sekali gus menamatkan penantian selama enam tahun mereka bergelar juara selepas kali terakhir melakukannya pada 2017 di Terbuka Rusia.
Dalam pada itu, hasrat beregu lelaki profesional negara Low Hang Yee-Ng Eng Cheong yang juga pilihan ketiga kejohanan menjuarai gelaran pertama mereka dalam saingan siri Jelajah Dunia berkecai selepas tewas di tangan wakil Taiwan, Chen Cheng Kuan-Chen Sheng Fa 21-23 dan 17-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Leong Jun Hao
#badminton
#jelajah dunia
#gelaran kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan