KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan- M.Thinaah menempuh rali panjang sebanyak 211 pukulan berdepan Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto dari Jepun sebelum berjaya mengesahkan tiket ke suku akhir di kejohanan Masters Malaysia 2023 hari ini.
Gandingan negara yang turun selaku pilihan keenam kejohanan menyajikan aksi penuh mendebarkan di Axiata Arena apabila menang set pertama 21-18, namun pasangan Jepun yang juga juara Masters Orleans 2023 menang set kedua 8-21 mengheret ke set penentuan.
Aksi sengit turut berlaku pada set ketiga apabila pada satu ketika kedua-dua pasangan Pearly-Thinaah saling berbalas pukulan dengan pasangan Jepun itu sewaktu mendahului 16-14 sebelum rali panjang tersebut berpihak kepada mereka untuk mengutip mata ke-17 dan seterusnya mematikan usaha lawan mereka untuk ke suku akhir.
Pearly ketika ditemui pemberita memaklumkan meskipun menempuh perlawanan yang sengit namun ia membuahkan hasil apatah lagi mampu membolot mata pada aksi rali panjang terbabit.
"Saya tidak fikir untuk lakukan pukulan, ia adalah rali yang panjang dan saya tahu mereka sudah bersedia, jadi kami juga telah bersedia. Kami sedar kami letih tetapi lawan juga letih, dalam fikiran, kami hanya mahu memenangi rali itu jadi kami bersedia dari segi mental dengan baik dan saya sangat gembira kami memenangi mata itu," katanya.
Dalam pada itu, Thinaah berkata beliau dan Pearly tekad untuk menebus kekecewaan tumpas di Masters Indonesia 2023 dengan gandingan Jepun Yuki Fukushima-Sayaka Hirota pada separuh akhir 21-14, 21-19.
Selepas menang tipis 21-19 dalam set pertama ke atas pasangan Korea Selatan Choi Sol Gyu-Kim Won Ho, juara bertahan beregu lelaki dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila menang bergaya 21-19, 21-14 untuk 'meloloskan' diri ke suku akhir.
Menanti Aaron-Wooi Yik pada suku akhir adalah gandingan China He Ji Tang-Zhoa Hao Dong atau pemain Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin yang akan berentap malam ini.
"Hari ini kami lebih bersedia untuk lawan, di Piala Sudirman, baru sahaja kalah dengan Won Ho-Na Sung Seung, pada set pertama memang sangat sengit tapi bila menang set pertama memang kelebihan," kata Wooi Yik.
Dalam pada itu, beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bangkit daripada ketinggalan pada set pertama untuk menundukkan pasangan Scotland, Alexander Dunn-Adam Hall 19-21, 21-16, 21-13 dalam pertarungan rubber set berlangsung selama 57 minit.
Gandingan di kedudukan ke-26 dunia itu dijadual bertemu sama ada pasangan Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan atau pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang bertemu dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023
Thinaah berkata beliau dan Pearly tekad untuk menebus kekecewaan tumpas di Masters Indonesia 2023 dengan gandingan Jepun Yuki Fukushima-Sayaka Hirota pada separuh akhir 21-14, 21-19. - Gambar Bernama
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Wei Chong-Kai Wun ada peluang ke Olimpik Paris - Bin Shen
Man Wei Chong-Tee Kai Wun berpeluang merebut slot Sukan Olimpik 2024 sekiranya mampu mengekalkan prestasi di Masters Malaysia 2023.
Jurulatih kagum kekentalan Pearly-Thinaah di Masters Malaysia
Semangat juang yang tinggi tetap diperagakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu.
Prannoy raih gelaran sulung jelajah dunia
Pemain perseorangan lelaki India H.S Prannoy menamatkan penantian untuk merangkul kejuaraan Jelajah Dunia pertamanya selepas menang dalam aksi final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, hari ini.
Masters Malaysia: Wei Chong-Kai Wun beri aksi penutup kejohanan dengan penuh dramatik
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menamatkan cabaran mereka di pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia dengan kejayaan muncul sebagai naib juara.
Masters Malaysia: Semangat juang Pearly-Thinaah tawan hati rakyat Malaysia
Pearly Tan-M Thinaah, menamatkan perjalanan penuh cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila dinobat sebagai naib juara di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.
Masters Malaysia: Rexy Mainaky berang pengadil hentikan permainan ketika rally berjalan
Pengadil menghentikan permainan kerana mendakwa terdapat komunikasi di antara jurulatih dan pemain Jepun pada waktu itu.
Aaron-Wooi Yik terlepas separuh akhir Masters Malaysia
Gagal pamer prestasi terbaik, mereka dikejutkan pilihan kelapan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia selepas 52 minit.
Wei Chong-Kai Wun tewaskan 'The Daddies' untuk layak ke separuh akhir
Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengejutkan bekas juara dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, pada suku akhir Masters Malaysia 2023.
Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Masters Malaysia
Beregu wanita utama negara itu melakukan kejutan dengan menewaskan beregu pilihan keempat daripada Jepun, Yuku Fukushima-Sayaka Hirota.