awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mbappe tak minat tawaran RM1.5 bilion

Sinar Harian
Sinar Harian
27/07/2023
03:10 MYT
Mbappe tak minat tawaran RM1.5 bilion
Mbappe enggan menandatangani kontrak baharu dan dipercayai telah mencapai perjanjian untuk berhijrah ke Real Madrid tahun depan. - Foto Sinar Harian
PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG) Kylian Mbappe enggan bertemu pegawai dari Al Hilal untuk membincangkan potensi perpindahan rekod dunia €300 juta (RM1.5 bilion).
Menurut laporan media sukan, L'Equipe, bintang Perancis itu menolak sebarang perbincangan dengan wakil kelab Al-Hilal yang hadir ke Paris pada Rabu.
Laporan itu berkata, delegasi dari kelab Saudi datang ke Paris untuk memuktamadkan perpindahan Malcom dari Zenit Saint Petersburg.
Mereka juga mahu membentangkan projek mereka kepada Mbappe semasa berada di ibu negara Perancis.
“Pendekatan ini tidak akan berjaya kerana pemain berusia 24 tahun itu menolak sebarang perbincangan dengan wakil kelab Saudi.
“Kapten Les Bleus itu tidak pernah mempertimbangkan pilihan ini,” tambah laporan itu.
Mbappe mempunyai baki satu tahun dalam kontraknya dengan PSG, yang mahu dia meninggalkan kelab itu sekarang berbanding tidak mendapat apa-apa pada musim panas seterusnya.
Tetapi dia enggan menandatangani kontrak baharu dan juara Perancis itu percaya Mbappe sudah mencapai perjanjian untuk berhijrah ke Real Madrid tahun depan.
Difahamkan, Real mahu mendapatkan Mbappe secara percuma tahun depan dengan menawarkannya perjanjian lumayan kerana mereka tidak mahu membayar apa-apa kepada PSG dalam usaha mendapatkan khidmatnya.
Perselisihan antara Mbappe dan kelab Perancis itu mencapai kemuncak baharu hujung minggu lalu apabila mereka menggugurkannya daripada skuad yang berkunjung ke Jepun dan Korea Selatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PSG
#Al-Hilal
#Kylian Mbappe
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan