awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ugut KP Kelantan: Dipercayai ada kaitan lebih 100 kes along dibuka semula
Bersatu terima hasrat Muhyiddin berundur, Pas sedia pimpin PN hadapi PRU16
Piala EFL: Manchester City cari tonik baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCKK Premier 7s Edisi ke-13: Tiga sekolah elit tunjuk ‘taring’ di hari pertama kejohanan

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2025
12:11 MYT
MCKK Premier 7s Edisi ke-13: Tiga sekolah elit tunjuk ‘taring’ di hari pertama kejohanan
Pemain MCKK (Kanan) memberi bola kepada rakan sepasukannya sambil dikejar oleh pemain dari INTEK Kuantan. - Foto MCKK.
Kuala Lumpur : Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7’s edisi ke-13 memberi keterujaan semasa acara pembukaan menyaksikan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menewaskan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (INTEK) Kuantan 31-0 di Kuala Kangsar, Perak.
Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba menewaskan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau 34-5.
Sementara itu, SMK Tun Hussein Onn mempamerkan kekuatan dengan berjaya membenam SMK Sheikh Haji Othman Abdul wahab (SHOAW) 45-5.
Pasukan bersejarah King Edward VII turut bermula cemerlang apabila menang tipis 17-10 ke atas SMK Syed Sirajuddin (SEMSIRA).
Manakala Maktab Sultan Abu Bakar atau English College (EC) berjaya menang tipis dengan Sekolah Tuanku Abdul Rahman atau STAR Ipoh 17-7.
Namun Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) dan SMK Telok Mas seri 17-17, menujukkan pertarungan sengit antara kedua-dua pasukan.
Kejohanan tersebut dianjurkan oleh MCKK bagi merebut piala NJ Ryan yang berlangsung pada 4 hingga 6 Julai 2025.
MCKK Premier 7s selaku penganjur berkata, terdapat 24 pasukan terdiri daripada 20 buah sekolah dari seluruh Malaysia dan empat pasukan antarabangsa dari Fiji, Jepun, Thailand dan Indonesia akan menyertai kejohanan.
Antara matlamat utama kejohanan ini ialah untuk menghidupkan semula budaya ragbi di sekolah- sekolah dan menyumbang ke arah pembentukan masa depan sukan ragbi negara.
Untuk rekod, Piala NJ Ryan, sebuah piala dengan reka bentuk unik dan dinamakan bersempena bukan warga tempatan terakhir (MCKK) yang memperkenalkan sukan ragbi di institusi pengajian berprestij berkenaan.
Topic Berkaitan
#Ragbi
#MCKK
#Malaysia
#Kolej Melayu Kuala Kangsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan