awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM belum putuskan lanjutan tempoh reman bekas PTD - Azam Baki
WhatsApp bangunkan ciri ‘Cover Photo’ seakan Facebook untuk iOS
Pekerja buruh ditahan rakam video anak tiri dalam bilik air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu terima hasrat Muhyiddin berundur, Pas sedia pimpin PN hadapi PRU16

Sinar Harian
Sinar Harian
13/01/2026
02:00 MYT
Bersatu terima hasrat Muhyiddin berundur, Pas sedia pimpin PN hadapi PRU16
Ahmad Fadhli Shaari. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pas sedia mengemudi Perikatan Nasional (PN) susulan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) menerima hasrat Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berundur daripada jawatan Pengerusi gabungan itu.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, langkah itu penting bagi menyusun hala tuju baharu PN menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
"Alhamdulillah, satu keputusan yang cukup baik dari mesyuarat MPT Bersatu yang menerima dengan terbuka hasrat Tan Sri Muhyiddin untuk berundur daripada posisi Pengerusi PN.
"Insya-ALLAH PN akan bergerak ke hadapan. Berikan Pas peluang untuk mengemudi teraju PN menghadapi PRU16. Kita bangkit mara ke Putrajaya," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Sebelum ini, Bersatu dilapor mengadakan perjumpaan tertutup bersama MPT parti pada malam Isnin.
Muhyiddin memberitahu, antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi PN.
Menurutnya, sebab dan musabab keputusan itu dibuat telah diperjelaskan secara terperinci kepada ahli yang terlibat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ahmad Fadhli Shaari
#Perikatan Nasional
#PAS
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan