awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WhatsApp bangunkan ciri ‘Cover Photo’ seakan Facebook untuk iOS
Pekerja buruh ditahan rakam video anak tiri dalam bilik air
JAIM siasat hotel ‘gay friendly’ di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala EFL: Manchester City cari tonik baru

Astro Arena
Astro Arena
13/01/2026
01:45 MYT
Piala EFL: Manchester City cari tonik baru
Pasukan Manchester City ketika sesi latihan pada Isnin, 12 Jan 2026. - Facebook Manchester City
PEP Guardiola percaya Piala Liga Inggeris (EFL) mampu jadi pencetus inspirasi buat Manchester City untuk mengenepikan Arsenal dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).
City ketinggalan enam mata di belakang barisan asuhan Mikel Arteta itu dengan baki 17 perlawanan.
Sebelum pusingan kedua liga bermula hujung minggu depan, mereka perlu melalui ranjau separuh akhir pertama Piala EFL menentang Newcastle di St James' Park, awal pagi esok.
Guardiola menjulang trofi itu pada Februari 2018 sebelum memenangi kejuaraan liga pertamanya pada lewat musim itu.
Dan dia berkata memenangi trofi itu pada awal kempen ini boleh membantu mereka dalam perebutan gelaran.
"Jika anda ingin memenangi liga pada tahun itu atau apa sahaja, ia bukanlah besar tetapi ia boleh membantu," kata pengurus dari Sepanyol itu.
"Ia membantu dengan hakikat bahawa kami baru sahaja memenangi gelaran dan kami mampu memenangi sesuatu.
"Ia bukan sekadar untuk menjulang trofi tetapi lebih kepada kesedaran diri dan OK, kami mampu menang. Kami mampu melakukannya.
"Apabila menang, ia membantu untuk mengecapi lebih banyak kemenangan."
Topic Berkaitan
#Manchester City
#Piala EFL
#Arsenal
#EPL
#Newcastle United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan