KUALA LUMPUR: Kejohanan E-Sukan Malaysia (MEC) 2021/2022 mendapat sambutan menggalakkan apabila jumlah tontonan dan penyertaan melepasi angka edisi lepas.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI) Ahmed Faris Amir, tontonan di platform Facebook @esportsintegrated sudah melebihi 1.6 juta tontonan yang dicatatkan pada musim 2020/21, sebelum berakhirnya pertandingan bagi final permainan terakhir pada Ahad.
Beliau berkata kejohanan itu juga berjaya menarik lebih 10,000 peserta bagi musim ini dalam merebut hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 yang ditawarkan menerusi empat permainan dipertandingkan - FIFA 22, DOTA 2, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile.
"Kebanyakannya bukan penyertaan baharu kerana sudah berada dalam sistem www.esukan.gg, iaitu platform sukan elektronik yang dikendalikan ESI dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan).
"Bagi musim ketiga (2022/23), kami berharap untuk mendapatkan lebih banyak tajaan bagi meningkatkan hadiah wang kemenangan dan anjur kejohanan pada skala lebih besar," katanya kepada pemberita ketika majlis penyampaian hadiah di sebuah kompleks membeli-belah di sini, Ahad.
Beliau turut mengesahkan dua pasukan terbaik kategori MLBB, berjaya meraih tiket ke MLBB Professional League (MPL) sebagai lapan pasukan teratas bagi pusingan kelayakan Kejohanan Asia Tenggara dan Dunia.
Beliau menjelaskan berikutan juara, Homebois dan pasukan di tempat ketiga RSG telah layak ke kelayakan tersebut sebelum ini, slot itu menjadi milik naib juara Caracal dan pasukan di tempat keempat Mikey.
Juara dan naib juara PUBG Mobile pula, D3V Silence dan Farang Guerilla, berjaya menempah slot ke PUBG Mobile Pro League.
Berikut senarai pemenang mengikut permainan:
FIFA 22:
1. Muhammad Faiz Hariry Mohamad Fodzai
2. Muhammad Faid Mohd Said
3. Mohamad Zahin Thaqif
Dota 2:
1. Pasukan Atlantis (Ahmad Ahyad Husam, Denise Danial, Pang Sze Xuan, Chung Wei Shen)
2. Cat God (Chucky Chan Kok Khin, Gan Hou Sing, Chua Jian Shen, Soh Aik Yang, Einstein Yap Ming Yu)
3. Sitiawan (Wen Xian, See Earn Soon, Ding Boon Kang, Dywon, Hoong Jhen Wei, Kingsley Kim)
MLBB:
1. Homebois (Muhammad Nazhan Mohd Nor, Muhammad Haniff Abdul Rashid, Muhammad Irfan Aujang, Muhammad Saiful Aujang, Muhammad Nazreen Nasir, Amier Fitri Muhammad Affendy)
2. Caracal (Muhammad Aiman Mohamad Abas, Mohd Norhadim Yusup, Muhammad Azam Ahmad, Ealtond Rayner, Zaraki Jamil Nurolla)
3. (RSG) Muhammad Khuzaimi Ismail, Fareez Edraki Azhair, Ahmad Zaki Ibrahim, Mohammad Irwandy Lim, Muhammad Izz Daniel Zaidi).
PUBG Mobile:
1. D3V Silence (Mohamad Insaf Tamsil Suhardi, Muhammad Hafiz Samsul, Akhmansyah Salman, Aiman Hakeem Khairulnizam)
2. Farang Guerilla (Mohammad Helmi Eizlan Mohammad Ehsan, Nur Muhammad Safiuddin Abdul Jabar, Adib Syazwan Abd Razak, Adam Naqib, Muhammad Danish Ismel Muhammad Ghanisma)
3. Dingoz Glazer (Muhammad Zulqarnain Mohd Azmi, Ahmad Rusyduddin Abd Gani, Aliff Putra Ahmad Shar, Naufal Amer Hamzah, Aqil Hamizi Mohd Sabri).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 09 2022
Sebahagian peserta yang menyertai Kejuaraan E-Sports Malaysia 2021/22 di KL Gateway pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Malaysia melahirkan kebimbangan dan kekecewaan susulan tindakan Amerika Syarikat menggunakan veto untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) daripada mengiktiraf Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun seruan jelas oleh majoriti ahli PBB.
Layanan dwi-standard bukti keseimbangan dunia semakin sukar dicapai
Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi UITM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, perkara itu berlaku disebabkan pertembungan ideologi yang berbeza antara banyak negara.
Misi Break the Siege of Gaza: Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula - FFC
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal terlibat yang dijadual pada 21 April ini hanya akan ditentukan berdasarkan situasi dan keadaan semasa.
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Monster Vicious ungguli Kejohanan E-Sukan Malaysia 2023/2024 MLBB
Pasukan Monster Vicious mengungguli Kejohanan E-Sukan Malaysia 2023/2024 bagi acara Mobile Legends Bang Bang (MLBB) dalam pertandingan yang berlangsung di Spacerubix hari ini.
MEC 2021/22 tarik lebih 1.6 juta tontonan
Tontonan di platform Facebook @esportsintegrated sudah melebihi 1.6 juta tontonan yang dicatatkan pada musim 2020/21.