awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Medan Safiq, Safee kembalikan keyakinan

Zulhelmi Zainal Azam
Zulhelmi Zainal Azam
03/06/2013
23:10 MYT
Medan Safiq, Safee kembalikan keyakinan
Latihan dua minggu skuad senior kebangsaan di Australia merupakan medan terbaik buat Safiq Rahim dan Safee Sali untuk mengembalikan semula keyakinan, masing-masing.
Kata-kata semangat itu disuarakan pengendalinya, Datuk K. Rajagobal yang menagih khidmat kedua-dua tonggak itu menjelang aksi ketiga kelayakan Piala Asia 2015, Oktober ini.
Rajagobal tidak menafikan tumpuan khusus akan diberikan kepada pemain terbabit agar prestasi semasa mereka dapat dikenalpasti selepas jarang diberi peluang beraksi bersama Johor Darul Takzim sejak kebelakangan ini.
"Kita akan lihat prestasi kedua-dua pemain ini dengan situasi yang dihadapi mereka iaitu tidak beraksi sepenuh masa dalam beberapa perlawanan bersama Johor Darul Takzim." katanya ketika ditemui sebelum berangkat ke Australia di Wisma FAM, disini pada Isnin.
Bagaimanapun, pengendali berusia 57 tahun itu tidak menyalahkan pendekatan yang digunakan ketua jurulatih Johor DT, Fandi Ahmad, sebaliknya menyifatkan ia adalah kuasa seseorang jurulatih dalam menentukan pemain-pemainnya.
"Keputusan pemilihan pemain adalah milik jurulatih jadi kita tidak boleh pertikai cara jurulatih tersebut." tambahnya yang turut yakin kedua-dua pemain itu mampu mencapai prestasi terbaik sebelum bertemu Bahrain di Kuala Lumpur, Oktober nanti.
Safiq dan Safee antara 26 pemain yang mengikuti latihan skuad kebangsaan di Australia dari 3 hingga 15 Jun ini.
Kedua-dua pemain itu merupakan tonggak yang membantu Malaysia memenangi kejohanan Piala Suzuki AFF 2010.
Topic Berkaitan
#safee sali
#Safiq Rahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan