KUALA LUMPUR: Kedah Darul Aman (KDA) FC terlepas peluang untuk merampas kedudukan teratas Liga Super, selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada Melaka United di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.
Skuad Sang Kenari terlebih dahulu membuka jaringan menerusi rembatan kencang penyerang import dari Cameroon, Ronald Ngah pada minit ke-20, selepas menerima hantaran daripada Muhammad Syafiq Ahmad.
Namun, Melaka yang dikenali sebagai skuad Sang Kancil, hanya memerlukan tiga minit untuk menyamakan kedudukan menerusi Ifedayo Olusegun, yang merupakan jaringan sulung penyerang dari Nigeria itu bagi musim ini.
Muhammad Syafiq kembali meletakkan Kedah di hadapan, apabila melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-37, tetapi kelebihan itu dinafikan oleh jaringan Emmanuel Oti pada minit ke-79, akibat kesilapan penjaga gol Kedah Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.
Ifedayo kemudian muncul wira Melaka apabila menanduk masuk hantaran daripada Norshahrul Idlan Talaha pada masa kecederaan babak kedua untuk menamatkan aksi dramatik itu dengan kemenangan kedua berturut-turut musim ini.
Sementara itu, Negeri Sembilan berjaya melonjak ke kedudukan pertama carta liga selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sarawak United di Stadium Negeri, Kuching.
Sarawak, yang sedang bergelut di zon penyingkiran, terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Boris Kok pada minit ke-51, sebelum pasukan pelawat menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Herold Goulon pada minit ke-64 selepas Gonzalo Soto mengasari pemain kelahiran Ghana, David Mawutor di dalam kawasan penalti.
Selang lima minit kemudian (min 69), skuad kendalian K Devan berjaya meraih jaringan kemenangan menerusi penyerang import dari Brazil Matheus Alves, yang berjaya melakukan larian solo dan mengatasi tiga pemain Sarawak sebelum merembat masuk bola ke gawang.
Keputusan semalam menyaksikan Negeri Sembilan menduduki tangga pertama dengan 14 mata selepas enam perlawanan, diikuti juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mempunyai 12 mata selepas empat aksi, Sabah (12 mata, enam perlawanan) dan KDA (12 mata, tujuh perlawanan).
Melaka pula berjaya menjauhkan diri daripada zon penyingkiran apabila melonjak dua tangga ke tempat kelapan dengan tujuh mata daripada enam perlawanan, manakala Sarawak kekal di tempat ke-11 dengan empat mata selepas tujuh aksi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
Penyerang dari Nigeria, Ifedayo Olusegun, membuat jaringan sulung bagi musim ini dalam perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi. - Facebook Malaysian Football League
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera
Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua
Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Aksi Melaka United, KL City tergendala kerana gangguan elektrik
Aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2021 antara Melaka United FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Hang Jebat, tergendala berikutan gangguan bekalan elektrik.
MUSA akan pastikan Melaka United dapat guna logo baharunya secara sah
Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) akan berusaha, termasuk melalui saluran undang-undang, untuk memastikan logo baharu Melaka United yang dilancarkannya Sabtu lalu, dapat digunakan.
Selesaikan kemelut kewangan MUSA antara fokus Presiden baharu
Kaedah itu turut diguna pakai pada semua peringkat lain termasuk Piala Presiden dan sebagainya supaya kemelut kewangan tidak berlaku lagi dan memastikan kebajikan semua pemain dapat dijaga.
Zainal Abidin jurulatih baharu Melaka United
Bekas pemain kebangsaan era 80 dan 90an, Zainal Abidin Hassan diumumkan sebagai Ketua Jurulatih baharu, bagi membimbing pasukan Melaka United mengharungi musim 2019.
Aksi Melaka-Perak berlangsung tanpa kehadiran penyokong
Keputusan daripada FAM itu ekoran insiden kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong Perak FA pada salah satu saingan Liga Super di Ipoh, musim lalu.
Persiapan Melaka United pada tahap 99 peratus
Pasukan Melaka United (MU) berada pada tahap 99 peratus dari segi persediaan pemain, pengurusan pasukan dan teknikal bagi menghadapi cabaran Liga Super musim ini.
Usah terlalu gopoh dalam Liga Super - Amri Yahyah
Amri Yahyah mahu skuad Melaka United tampil lebih tenang untuk menghadapi cabaran Liga Super 2017 kerana ada yang masih kurang berpengalaman beraksi di pentas tertinggi itu.