Industri e-sukan semakin mendapat perhatian termasuk dari golongan wanita yang dilihat makin hebat dalam pentas sukan maya ini.
Terbaharu, sebuah pasukan yang terdiri daripada lapan 'bidarari' yang dikenali sebagai Angel Bosskurr telah ditubuhkan.
Memetik laporan WTM Today, pengasas bersama pasukan tersebut, Sharina Richie berkata tujuannya ialah untuk memperkasakan serta memberi kesedaran kepada umum mengenai penglibatan wanita dalam industri e-sukan.
“Ketika ini memang banyak stigma mengenai pemain wanita apabila mereka bermain video atau melakukan penstriman langsung. Ada yang akan akan merendah-rendahkan kemampuan wanita.
“Kami di Angel Bosskurr ingin menunjukkan ada masa depan bagi kaum Hawa dalam industri e-sukan ini, sama ada dalam bidang kompetitif atau sebagai pempengaruh,” katanya sebagai dipetik portal e-sukan tersebut.
Jelas Sharina, Angel Bosskurr juga akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu, kompetitif dan pempengaruh (influencer).
Berikut adalah senarai ahli-ahli Angel Bosskurr:
Kompetitif (PUBG Mobile)
* Miss Farr
* Baybee
* Reen
* Queen
Pempengaruh (Influencer)
* Fiera Fendi
* Sharina Richie
* Miza Mazlan
* Susan Not
Tambahnya, antara program Angel Bosskurr termasuk menyebarkan 'aura positif' terutama menerusi program kembali kepada komuniti.
“Contohnya, sebelum ini saya juga pernah mengadakan program amal bersama kanak-kanak Down Syndrome dan autisme kerana adik saya, jadi saya juga mahu melakukan bersama Angel Bosskurr,” katanya.
Dalam pada itu, Sharina turut memaklumkan, penggunaan nama Bosskurr bukanlah kerana ia viral atau ada kaitan dengan mana-mana fahaman politik.
Katanya, mereka telah menggunakan perkataan Bosskurr sejak dahulu lagi dalam komunikasi harian antara pemain memandangkan kebanyakan mereka dari Sabah.
Malah, jelasnya penggunaan Bosskurr telah menjadi sebagai budaya tutur dalam kalangan pemain dan penggiat e-sukan terutama bagi penyokong Bosskurr Gaming, yang merupakan penaung skuad tersebut.
Sebelum ini, desas-desus mengenai penubuhan Angel Bosskurr telah pun didedahkan menerusi portal e-sukan tempatan, WTM Today pada 15 September lalu.
Menurut portal tersebut, sebuah akaun media sosial Instagram yang menggunakan nama 'Angel Bosskurr' telah dicipta dan dimuat naik logonya dengan kapsyen akan mendedahkan ahli-ahli pasukan tersebut.
Astro Awani
Thu Sep 26 2019
Angel Bosskurr yang terdiri daripada (kiri) Mija, Sharina, Fiera, Susan, (bawah kiri) Queen, Reen, Miss Farr dan Baybee. - Foto Instagram/@angelbosskurr
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Memperkasa wanita dalam e-sukan... ini Angel Bosskurr
Bagi memperkasakan dan memberi kesedaran mengenai peranan serta penglibatan wanita dalam industri e-sukan, Bosskurr Gaming telah menubuhkan skuad wanita yang dinamakan sebagai Angel Bosskurr.