ZLATAN Ibrahimovic percaya Kylian Mbappe harus yakin untuk memenangi satu lagi Piala Dunia tetapi tidak menjangka Argentina akan melakukan perkara yang sama selepas sambutan kejuaraan mereka yang tidak menghormati lawan.
Perancis yang diketuai Mbappe tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Argentina pada perlawanan akhir Qatar 2022 Disember lalu walaupun dia telah menjaringkan hatrik.
Rakan sepasukan Paris Saint-Germain, Lionel Messi, sebaliknya menambah pingat utama terakhir yang ditunggu-tunggunya ke dalam koleksinya.
Walaupun Mbappe menyamai Messi hampir selangkah demi selangkah, dia menjadi bahan ejekan daripada pemain Argentina sejurus selepas perlawanan dan dalam sambutan mereka di tanah air.
Legenda PSG, Ibrahimovic mengkritik kekurangan sikap profesionalisme Albiceleste dan mencadangkan ia adalah 'petanda' mereka tidak akan mengulangi kemenangan mereka.
"Saya berkata Argentina pasti akan memenangi Piala Dunia, kerana jika anda mahu mengingati Piala Dunia Qatar sepanjang sejarah, siapa yang perlu menang? Messi," katanya.
"Messi dianggap pemain terbaik dalam sejarah. Jika anda mahu mengingati Piala Dunia Qatar, Messi perlu menang. Saya 100 peratus pasti dia akan menang.
“Tetapi saya kasihan dengan Mbappe, kerana jika anda menjaringkan tiga gol dalam perlawanan akhir dan tidak memenangi Piala Dunia, itu sangat menyedihkan.
"Apa yang akan berlaku? Dia akan memenangi satu lagi Piala Dunia, dan dia sudah memenangi satu, jadi saya tidak bimbang tentang Mbappe. Saya bimbang tentang pemain lain di Argentina, kerana mereka tidak akan memenangi apa-apa lagi.
"Messi telah memenangi segala-galanya dan dia akan diingati, tetapi yang lain, yang berkelakuan buruk, yang anda tidak boleh hormati. Itu datang daripada saya sebagai pemain bola sepak profesional di peringkat tinggi.
"Itu petanda anda akan menang sekali dan anda tidak akan menang lagi. Mbappe akan menang lagi." -- Stadium Astro
Astro Arena
Thu Jan 26 2023

Perancis yang diketuai Mbappe tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Argentina pada perlawanan akhir Qatar 2022 Disember lalu walaupun dia telah menjaringkan hatrik. - Fail/Stadium Astro

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Felcra lancar beras harga RM13 sekampit bagi 5kg
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.

Dibenarkan keluar hospital selepas sembuh dari Bronkitis
Pope Francis yang dirawat di sebuah hospital di Rom telah dibenarkan keluar pada Sabtu. Ia selepas beliau mendapat rawatan sejak Rabu lalu.

Mbappe dedah Antoine Griezmann kecil hati tidak dilantik kapten Perancis
Kylian Mbappe mendedahkan Antoine Griezmann kecewa kerana tidak dpilih sebagai ketua pasukan Perancis.

Kelayakan Euro 2024: Kylian Mbappe ada kemahiran berkomunikasi
Kylian Mbappe mempunyai kualiti berkomunikasi untuk bertindak sebagai kapten Perancis.

Ligue 1: Rennes cipta kejutan atasi PSG
Paris Saint-Germain tewas 2-0 menentang Rennes dalam aksi Ligue 1, Perancis.

PSG bakal berdepan kesukaran kekalkan khidmat Mbappe
Thierry Henry memberi amaran Paris Saint-Germain akan bergelut untuk mengekalkan Kylian Mbappe.

PSG dibenam Bayern: Mbappe alih tumpuan kepada Ligue 1 selepas tersingkir dari UCL
Kylian Mbappe menegaskan penyingkiran Liga Juara-Juara Paris Saint-Germain kepada Bayern Munich tidak akan menjejaskan masa depannya.

Kylian Mbappe janji lebih banyak sumbangan buat PSG
Mbappe mengatasi rekod Edinson Cavani dengan gol ke-201 bersama PSG pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan 4-2 Ligue 1 ke atas Nantes.

Mbappe nafi kritik Neymar, berharap bintang PSG itu segera pulih
Mbappe salah seorang wira PSG semalam apabila mereka merampas kemenangan ke atas Lille dalam pertemuan Ligue 1 yang mendebarkan.

Di Maria terkejut PSG berikan Mbappe 'segala kuasa' berbanding Messi
Angel Di Maria mendedahkan kejutannya terhadap keputusan bekas kelab PSG yang seolah-olah mengabaikan Lionel Messi dan memberikan Kylian Mbappe 'segala kuasa'.

Meski diejek Argentina, Mbappe akan bergelar juara dunia sekali lagi - Ibrahimovic
Zlatan Ibrahimovic percaya Kylian Mbappe harus yakin untuk memenangi satu lagi Piala Dunia.

Coupe de France: Mbappe ledak lima gol bawa PSG ke pusingan 16
PSG mara ke pusingan 16 pertandingan itu menerusi kemenangan bergaya 7-0 di Lens' Stade Bollaert-Delelis.