awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi kapten baharu Inter Miami

Sinar Harian
Sinar Harian
25/07/2023
02:30 MYT
Messi kapten baharu Inter Miami
Messi memakai lilitan kapten pada penampilan sulungnya dalam perlawanan Piala Liga menentang kelab Mexico, Cruz Azul. - Foto REUTERS
PEMENANG Piala Dunia 2022, Lionel Messi akan menjadi kapten baharu buat Inter Miami, kata pengendali kelab Liga Utama Bola Sepak (MLS) Amerika Syarikat, Tata Martino.
Messi, yang menandatangani kontrak untuk Miami awal bulan ini, memakai lilitan kapten pada penampilan sulungnya dalam perlawanan Piala Liga menentang kelab Mexico, Cruz Azul, yang menyaksikan penyerang Argentina itu menjaringkan gol hasil sepakan percuma pada masa kecederaan.
Sebagai rekod, kapten kelab sebelum ini ialah pemain tengah Brazil, Gregore, yang bergelut di luar padang selepas mengalami kecederaan.
Ditanya sama ada Messi akan terus menjadi kapten Miami, Martino memberitahu pemberita: "Pada hari lain dia juga kapten ketika dia masuk. Ya, dia akan menjadi kapten pasukan."
Inter Miami menutup peringkat kumpulan dua perlawanan pada Rabu apabila mereka menerima kunjungan Atlanta United.
Kemenangan ke atas Atlanta akan mencerahkan harapan untuk mara ke peringkat kalah mati Piala Liga selepas menang 2-1 ke atas Azul pada Sabtu.
Saingan Piala Liga merupakan kejohanan ala Piala Dunia yang menampilkan semua pasukan dari MLS dan Liga MX Mexico. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#kapten
#Inter Miami
#MLS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan