awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi leburkan rekod jaringan Pele

Bernama
Bernama
10/09/2021
12:41 MYT
Messi leburkan rekod jaringan Pele
Messi di kedudukan teratas penjaring terbanyak dengan 79 gol, mendahului pencapaian Pele sebanyak 77 gol. - Gambar/ AP Newsroom
ANKARA: Lionel Messi kini mengambil alih takhta penjaring gol terbanyak lelaki dalam sejarah Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) selepas berjaya melakukan hatrik ketika menentang Bolivia, lapor Agensi Anadolu.
Ia sekali gus mengatasi rekod yang dipegang legenda bola sepak Brazil, Pele.
Argentina pada Khamis membenam Bolivia 3-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia CONMEBOL di Stadium Antonio Vespucio Liberti, Argentina.
Ikon Argentina itu di kedudukan teratas penjaring terbanyak dengan 79 gol, mendahului pencapaian Pele sebanyak 77 gol.
Messi kini berkongsi tempat kelima dalam senarai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman terbanyak bersama Godfrey Chitalu dari Zambia, manakala bintang Portugal Cristiano Ronaldo mendahului dengan 111 gol.
Argentina berada di tangga kedua dengan 18 mata dalam peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia CONMEBOL 2022 dan Brazil di kedudukan teratas dengan 24 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#Argentina
#rekod jaringan
#Pele
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan