Bekas juara Golf Terbuka Wanita Amatur Malaysia, Michelle Koh merangkul kejuaraan Tertutup Wanita Amatur dan Remaja Wanita Malaysia 2013 di Glenmarie Golf & Country Club, dekat sini, Khamis.
Pemain berusia 22 tahun itu melakarkan tiga bawah par 69 pada pusingan akhir, susulan 70 semalam, untuk mengumpul lima bawah par 139 pada saingan dua pusingan itu.
Beliau menerima trofi daripada penaung diraja Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA), Tuanku Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.
"Saya bermain dengan baik sepanjang kejohanan dan tidak menghadapi sebarang tekanan," kata Michelle.
Beliau berkata Kejohanan Tertutup Wanita Malaysia itu membantu beliau mempersiapkan diri untuk menghadapi Piala Queen Sirikit 2013 dari 17 hingga 19 April ini di Sunrise Golf & Country Club di Taiwan.
Tempat kedua disandang oleh Nur Durriyah Damian dengan ketinggalan 11 pukulan di belakang Michelle.
"Saya gembira dapat tempat kedua walaupun tidak beraksi dengan baik. Saya perlu meningkatkan latihan dan mengambil bahagian dalam banyak kejohanan," kata pemain berusia 18 tahun itu yang pertama kali akan menyertai Piala Queen Sirikit minggu depan.
Sementara itu, gelaran juara Remaja Wanita Tertutup menjadi milik Nur Syazani Amalia Mohd Shahzan apabila mencipta catatan lapan di atas par 152 selepas saingan dua pusingan.
Bernama
Fri Apr 12 2013
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
MGA umum Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja 2024/2025
Senarai tahun ini menampilkan 25 pemain berbakat besar berumur 13 hingga 18 tahun yang telah menunjukkan kemahiran luar biasa.
Jing Xuen ketuai cabaran negara di Piala QSC 2024
Ng Jing Xuen mengetuai cabaran negara di Piala Queen Sirikit (QSC) 2024, bersama dua pemain lain di Christchurch, New Zealand Mac depan.
Tiger Woods gemparkan dunia golf
Tiger Woods menarik diri selepas dia melakukan teed off di lubang ketujuh dengan penonton menyaksikan dia diiringi dari padang dengan kereta golf.
Pahang tubuh Akademi Golf Pahang Barat
Akademi itu yang dikelolakan MSP akan 'bertapak' di Padang Golf Raub, yang sedang dibaik pulih sebelum dibuka kepada umum tidak lama lagi.
Gavin, Khavish hanya ketinggalan dua pukulan di belakang pendahulu bersama Veer, Jazz
Pemain India, Veer Ahlawat dan Jazz Janewattananod dari Thailand muncul pendahulu bersama selepas melakarkan catatan sembilan bawah par 62.
Ervin berazam lakukan yang terbaik pada golf Terbuka Malaysia
Secara mental, Ervin sudah bersedia memberi saingan sengit kepada pemain-pemain golf negara lain pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia.
Jelajah Toyota 2023 perkukuh kesungguhan bangunkan sukan golf Malaysia
Jelajah Toyota di landasan tepat sebagai medan ujian pemain golf profesional negara juga pentas mencungkil bakat-bakat baharu.
Kejohanan Golf Malaysia Truly Asia Tourism 2023 mampu promosi pelancongan sukan negara
Sebanyak lebih 200 pemain domestik dan luar negara akan berentap di dalam kejohanan julung kali diadakan itu.
Gavin harap lakar persembahan lebih mantap pada Piala Toyota Cross
Pemain ranking ke-199 dunia itu bagaimanapun berharap dapat mempamerkan prestasi yang lebih baik di Palm Garden.
Jocelyn idam beraksi di sukan Olimpik LA 2028
Jocelyn yang mula menyertai pertandingan golf pada usia 12 tahun telah beralih ke profesional pada Februari lepas.