awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penampilan terbaik Gavin di Olimpik Paris 2024

Bernama
Bernama
04/08/2024
21:40 MYT
Penampilan terbaik Gavin di Olimpik Paris 2024
Gavin berkongsi kedudukan dengan Fabrizio Zanotti dari Paraguay, apabila masing-masing mengumpul keseluruhan tiga bawah par 281. - Foto fail/BERNAMA
PARIS: Penampilan pemain golf profesional negara Gavin Green di Sukan Olimpik Paris 2024 menunjukkan peningkatan selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-33 daripada 58 pemain dalam acara individu lelaki pada Ahad.
Pada edisi 2016 di Rio dan Tokyo 2020, Gavin menamatkan saingan masing-masing di kedudukan ke-47 dan 57.
Pada saingan yang berlangsung di Le Golf National, pemain berusia 30 tahun itu berkongsi kedudukan dengan Fabrizio Zanotti dari Paraguay, apabila masing-masing mengumpul keseluruhan tiga bawah par 281, dengan Gavin terlebih dahulu menyempurnakan dua bawah par 69 pada pusingan keempat hari ini.
Pusingan berkenaan menyaksikan beliau melakukan bogey di lubang kedua, keempat dan ke-17 serta melakukan birdie di lubang ketiga, ketujuh, kesembilan, ke-10 dan ke-11.
"Prestasi ada sedikit naik dan ada turun, permulaan perlahan tapi ia satu pemulihan yang baik dan menamatkan saingan di bawah par di sini, saya terima. Ada beberapa perkara yang saya tidak gembira, dan perlu diusahakan lagi tapi ia pencapaian yang agak baik di Olimpik," katanya kepada pemberita.
Scottie Scheffler dari Amerika Syarikat memperoleh pingat emas selepas mengumpul keseluruhan 19 bawah par 265 manakala atlet Great Britain, Tommy Fleetwood meraih perak dengan 18 bawah par 266.
Pingat gangsa pula dimenangi Hideki Matsuyama dari Jepun yang merekodkan 17 bawah par 267.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Gavin Green
#golf
#acara individu lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan