awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Milner enggan kembali menyarung jersi England

Astro Arena
Astro Arena
03/10/2016
02:01 MYT
Milner enggan kembali menyarung jersi England
Selepas membuat 61 penampilan bersama Three Lions, James Milner membuat keputusan untuk bersara Ogos lalu. / AFP PHOTO / Fail.
PEMAIN Liverpool, James Milner menegaskan dia tidak akan berganjak dari keputusannya untuk bersara dari pentas antarabangsa meskipun menjadi antara tonggak The Reds musim ini.
Pemain berusia 30 tahun itu -- yang sebelum ini beraksi di bahagian tengah -- memulakan musim baru di posisi bek kiri namun telah berjaya menyumbang empat gol buat The Reds, kesemuanya menerusi sepakan penalti.
Selepas membuat 61 penampilan bersama Three Lions, Milner membuat keputusan untuk bersara Ogos lalu selepas mengadakan perbincangan dengan pengendali ketika itu, Sam Allardyce.
Bekas pemain Newcastle United, Aston Villa dan Manchester City itu turut meluahkan rasa simpati terhadap Allarydce yang telah dipecat susulan terlibat dalam insiden penuh kontroversi minggu ini.
"Keputusan tersebut merupakan yang terbaik buat semua pihak," kata Milner kepada Sky Sports.
"Ketika ini juga saya bermain di bahagian bek kiri dan ketika ini ada beberapa pemain di posisi itu yang lebih baik dari saya.
"Pemecatan Allardyce sudah pasti mengecewakan dirinya namun Gareth -- yang dilantik selaku pengendali sementara -- telah melakukan tugas yang baik bersama skuad B-21."
Topic Berkaitan
#bersara
#James Milner
#Liverpool
#Sam Allardyce
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan