awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misbun: Usia, rumah tangga punca Chong Wei merosot

Bernama
Bernama
22/12/2012
01:30 MYT
Misbun: Usia, rumah tangga punca Chong Wei merosot
Seperti peminat badminton yang lain, Datuk Misbun Sidek turut gelisah melihat prestasi semasa Datuk Lee Chong Wei.
Beliau yang pernah melatih pemain nombor satu negara ini berpendapat kemungkinan faktor usia atau komitmen rumah tangga telah menjejaskan sedikit prestasinya.
"Apabila Chong Wei sudah berumah tangga, kita tidak tahu bagaimana komitmennya. Badminton adalah sukan yang memerlukan kecerdasan fizikal dan kita tidak tahu sejauh mana tahap kecerdasan Chong Wei ketika ini.
"Sebagai ahli sukan, Chong Wei sendiri harus tahu di mana kedudukannya untuk menstabilkan diri di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Kejohanan Badminton Future X-Plode Kementerian Belia dan Sukan (KBS)-Nusa Mahsuri peringkat kebangsaan 2012 pada Jumaat.
Kejohanan yang bermula Khamis sehingga Ahad ini dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Peng Shieu.
Topic Berkaitan
#badminton
#Chong Wei
#Gan Peng Shieu
#Misbun
#nombor satu
#Nusa Mahsuri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan