awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MLS: Wayne Rooney sambut Lionel Messi dengan tangan terbuka

Astro Arena
Astro Arena
09/06/2023
03:22 MYT
MLS: Wayne Rooney sambut Lionel Messi dengan tangan terbuka
Wayne Rooney, antara yang teruja dengan kehadiran Lionel Messi ke Liga Bolasepak Utama (MLS).
KETUA jurulatih Count D.C. United, Wayne Rooney, antara yang teruja dengan kehadiran Lionel Messi ke Liga Bolasepak Utama (MLS).
Selepas pengumuman Messi ke Inter Miami CF sebaik berpisah dengan Paris Saint-Germain (PSG), Rooney berkata, perpindahan itu merupakan satu kemenangan besar buat MLS.
“Saya fikir ia sesuatu yang bagus untuk membawa Messi ke kancah ini,” katanya.
“Selama ini kita semua pernah melihat impak kedatangan (pemilik bersama Inter Miami) David Beckham dan (bekas penyerang Los Angeles Galaxy) Zlatan Ibrahimovic.
"Dia adalah pemain yang berbeza dari luar negara. Usaha memancing Messi - yang boleh dikatakan pemain terhebat sepanjang zaman dan masih begitu - ke sini adalah hebat.
"Walaupun sudah veteran tetapi dia baru sahaja memenangi Piala Dunia hampir secara bersendirian.
"Ia akan menjadi sesuatu yang hebat untuk liga, untuk Miami."
Messi, 35, dijangka membuat penampilan sulung MLS pada bulan depan sementara D.C. bakal menyambut kunjungan Inter Miami pada 8 Julai. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#Lionel Messi sertai Inter Miami
#Wayne Rooney
#Liga Bolasepak Utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan